Sunday 26 January 2014

Tips Sihat Persediaan Kehamilan

Teks : Normah Kassim
Foto : carian google


Bismillah.

Kali ini saya ingin berkongsi cara sihat untuk persediaan kehamilan mengikut apa yang saya pelajari.

Ada kawan saya yang bertanya apa yang harus dilakukan sebagai persediaan untuk hamil. Ini kerana kawannya pernah mengalami keguguran beberapa kali.

Rahim yang kuat sudah tentu dari badan yang sihat. Badan yang sihat sudah tentu bergantung pada pemakanan dan persekitaran yang sihat. Mungkin susah untuk kita mengawal persekitaran. Pencemaran memang tidak dapat dielakkan dengan cara hidup di bandar. Hanya pemakanan yang kita boleh kawal.

Langkah pertama, ambil 9 bulan sebelum mengandung. Amalkan "clean diet". Baik pulih keadaan badan dengan membuat detox dan tingkatkan kesihatan sistem peranakan dengan mengambil beberapa makanan atau minuman tambahan seperti "Organic Raspberry leaf tea", minyak kelapa dara organik, EPO, kelp, dan banyak lagi. 

Alhamdulillah dengan izin tuhan saya berkesempatan untuk membuat "Coffee Enema" sebelum saya hamil 2 tahun lepas. Kaedah ini digunakan untuk menyucikan hati supaya ianya dapat berfungsi dengan lebih baik.

Kekuatan lantai pelvik juga amat penting. Anda bole membuat beberapa senaman yang dapat menguatkan lantai pelvik dalam tempoh 9 bulan ini. Contoh senaman yang boleh diamalkan seperti "squat" bersama pemberat. Untuk senaman, anda disarankan untuk merujuk kepada pelatih yang bersijil dalam bidang senaman contohnya "ACE Fitness".

Tidur awal setiap malam. Waktu tidur yang sesuai adalah antara 10:30 pm dan sebelum 12 am.

Amalakan cara hidup ini sebaiknya selama 9 bulan. Kemudian, barulah anda menghamilkan diri anda.

Ramai yang berpendapat hanya isteri yang harus sihat. Jika berlaku keguguran atau kegagalan untuk hamil, hanya sebelah pihak yang dipersalahkan. Sebenarnya, kekuatan sperma juga amat penting. Sperma yang sihat dan kuat terhasil daripada lelaki yang sihat. Jadi, dua-dua orang suami isteri perlu melakukan persediaan ini.

Bak kata pelatih peribadi saya, "Buat anak ni seperti membeli kereta, makin banyak pelaburan, makin berkualiti kereta yang boleh dibeli.". Jadi  anda pilih lah sendiri kereta apa yang anda ingin miliki. Kereta kancil atau Ferrari.

Ibu dan bapa yang hebat melahirkan bayi yang hebat.

Insyaallah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment