Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Rumah Bersuri, Rumah Berseri

Teks : Normah Kassim
Foto : Carian google

Bismillah,

Setelah 40 hari tinggalkan rumah balik ke kampung, sekarang sudah kembali beraksi. Apabila sampai dirumah, rasa macam asing pulak. Maklumlah dah lama tinggal. Macam suram sahaja. Tetapi tak mengapa, dengan kuasa sentuhan suri rumah, keesokan harinya rumah kembali ceria.

Betul sangat lah sunnah nabi kita menyuruh perempuan untuk berada di rumah. Kerja wanita adalah menjaga rumah, suami dan anak-anak. Saya percaya terdapat banyak perbezaan antara anak-anak yang dibesarkan oleh ibu berbanding anak-anak yang dibesarkan oleh pusat jagaan. Saya juga percaya ada juga perbezaan anak-anak yang tinggal dalam suasana rumah yang bersih dan kemas berbanding rumah yang kotor dan bersepah. Semua faktor ini akan membentuk minda separuh sedar anak-anak apabila mereka besar nanti.

Sebilangabn ibu bapa hanya mementingkan pelajaran tetapi lupa mengajar cara hidup yang baik kepada anak-anak. Berjaya dalam pelajaran tidak cukup untuk menjadi bekalan masa depan. Beberapa persoalan perlu di fikirkan dalam membentuk anak-anak.

Bagaimana dengan rohaninya?

Bagaimana dengan hubungan sesama manusia?

Bagaimana dia akan menguruskan hidupnya? Adakah teratur atau tidak?

Bagaimana dengan  pengurusan wang?

Boleh kah dia menguruskan rumahnya sendiri nanti? memasak, kemas rumah.

Pernahkah anda melihat orang yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi,  dan dipandang tinggi oleh masyrakat sebagai seorang yang berjaya. Tetapi rumahnya macam bot dilanda taufan dan anak-anak bagaikan puting beliung?.  Zaman sekarang, perkara yang luar biasa ini dianggap biasa.

Tanpa penerapan dari kecil, semua ini akan mendatangkan kesusahan dan menjadikan hidup mereka tidak sempurna kepada masa depan.

Mungkin anda rasa semua ini leceh dan tidak penting tetapi bagi saya ianya penting. Disiplin dan  kesempurnaan dapat dibentuk dari rumah membentuk keperibadian dan sikap anak-anak.

Pernahkah kita melihat kanak-kanak yang buas dan tidak mendengar cakap?
Kanak-kanak yang tidak tertib apabila berhadapan dengan masyarakat.
Kanak-kanak yang melompat sana-sini sehingga menimbulkan kurang selesa pada orang awam.
Kanak-kanak yang terjerit-jerit di tempat awam.
Kanak-kanak yang merosakkan barang perhiasan dirumah yang ditandang.

Semua ini terjadi apabila kita mengambil mudah dengan sikap disiplin anak-anak. Kita hanya letak disiplin di sekolah tetapi tidak menerapkan disiplin dalam hidup seharian.

Apa yang saya dapati, dalam hidup kita perlu memilih salah satu. Jika pilih wang, maka anak, suami dan rumah tidak mendapat sepenuh perhatian. Sebaliknya, jika pilih anak, suami dan rumah, belum tentu wang akan berkurang. Boleh jadi jugak allah memberikan rezeki dari punca yang lain. Sesungguhnya rezeki milik allah. Kira wang cara Allah tak sama dengan pengiraan manusia. Ada duit banyak tetapi tak tahu kemana, belum hujung bulan duit sudah habis.. Ada yang duit sikit tetapi cukup sampai hujung bulan.

Wallahua'lam.






Sunday, 2 March 2014

Avocado Smoothie

Teks : Normah Kassim
Foto : Koleksi peribadi

Bismillah.

Hari ini saya mahu berkongsi resepi lazat dihasilkan oleh suami saya.

Ianya sangat mudah, bahan-bahan dan cara seperti di bawah

Bahan-bahan :
1 biji Avocado yang telah masak
1 cawan santan
1 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu madu
hazel, almond, macadamia nuts



Caranya mudah sahaja, kisar santan, avocado, dan madu sehingga hancur. Kisar kering bahan kekacang dan taburkan di atas permukaan. Siap!. 



Ianya sangat mengenyangkan dan cukup untuk santapan tengah hari. Selamat mencuba.



Sunday, 16 February 2014

Suri Rumah Sepenuh Masa

Teks : Normah Kassim
Foto: koleksi peribadi

Bismillah.
Alhamdulillah setelah beberapa bulan tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tumpuan diberi seratus peratus pada si kecil yang kini berusia hampir 11 bulan. Begitu banyak perubahan dan peningkatan drastik hasil dari didikan dan pengurusan harian air tangan ibu. Fatih semakin membesar, makan pun banyak. Boleh kata setiap waktu nak makan berbanding sebelum ini memang susah sangat nak buka mulut.

Dari segi pertuturan, mulut macam murai dan sangat mudah untuk faham apa yang diperkatakan oleh orang-orang sekeliling. Tindak balas juga pantas. Baru saja kita habis berkata-kata, terus disahutnya dengan jawapan atau mengulang semula perkataan. Walaupun belum boleh bertutur sepenuhnya, bahasa isyarat digunakan ataupun diheretnya kita kepada apa yg dihajatinya untuk membuat kita faham.

Malam tadi nek mie buka tv cerita karak. Fatih terus menyorok belakang sofa sambil berkata "takut la..takut la". Dan terus merangkak laju ke arah saya yang ketika itu berada di dalam bilik. Terkejut neneknya mendengar Fatih bertutur sedemikian. Sebelum ini tak pernah pun saya mengajar erti takut. Saya kemudian mendukung Fatih keluar ke ruang tamu tapi dia enggan dan menunjuk ke arah bilik. Menyuruh saya bawa dia masuk bilik. Saya memujuk untuk duduk di ruang tamu dan bermain disana dengan memberitahu bahawa neneknya sudah tukar "channel". Fatih pun duduk dan bermain. Saya temankan dia. Setelah puas bermain, dia mengajak saya untuk bantu dia berjalan dengan memegang hujung jari saya dan bangun berjalan sambil melangkah ke arah yang di ingininya. Saya enggan bangun. Lalu dia menunjukkan amarahnya dengan menepuk-nepuk paha saya. "Ok..ok..ibu ikut atih..mana nak pegi..nah, pegang". Fatih pun memegang hujung jari saya seperti biasa untuk berjalan. Saya ingatkan seperti biasa, dia akan berjalan pusing-pusing rumah. Rupanya tidak. Terus Fatih berjalan menuju bilik dan terus ke tilamnya sambil menyebut "bummm". Perkataan yang biasa saya pakai untuk menyuruh Fatih baring atau tidur. Barulah saya faham rupanya nak ajak masuk bilik dan tidurkan dia. Patutla marah betul apabila saya enggan bangun tadi. Ketawa saya dan neneknya melihat macam-macam kerenah malam ni.

Perasaan saya sangat puas melihat perubahan drastik sebelum dan selepas menjaga anak dengan air tangan sediri. Rasa sedih bila mengenangkan bagaimana keaadan Fatih ketika di taska. Tiada komunikasi, hanya mengikut rutin yang disediakan oleh pihak taska. Sebagai manusia, kita mempunyai keperluannya yang tersendiri dan ianya sudah tentu berbeza. Begitu juga bayi, mereka memerlukan perhatian dan keperluan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, kita hanya perlu mendengar dan memahami bahasa yang di sampaikan oleh anak-anak.  

Semoga perkongsian ini memberi semangat dan keyakinan kepada ibu dan suri rumah di luar sana untuk terus mengasuh dan mendidik. Tugas ibu dan suri rumah bukan lah kerjaya yang lekeh. Saya sangat kagum dengan suri rumah sepenuh masa yang mempunyai anak yang ramai.

Wassalam.

Monday, 30 December 2013

Muhammad Al Fatih Episod 1

Teks : Normah Kassim




Bismillah,

Harini saya nak sentuh mengenai perkembangan anak saya dalam dia membesar. Lahir pada 22 March 2013, hari Jumaat 10 JAW 1434 hijrah. Pejam celik sudah sembilan bulan lapan hari berlalu. Dilahirkan secara "Gentle Birth", disambut oleh suami saya. Pengalaman yang indah dan tak dapat dilupakan bagi saya dan suami.

Alhamdullillah, tuhan memberi saya kesempatan untuk merasai keindahan menjadi seorang ibu. Sebagai generasi pertama holistik kami, saya dan suami bersungguh-sungguh dalam memastikan kesihatan dan tumbesaran Fatih. Objektif kami adalah untuk mengubah genetik keluarga menjadi keturunan yang lebih baik.

Tiga bulan pertama adahlah bulan madu antara saya dan Fatih. Syukur, Fatih seorang bayi yang sihat. Ada penyakit kuning tapi sedikit sahaja dan tidak perlu rawatan lanjut. Tulang kaki fatih agak kuat sejak lahir, pada hari kedua dia sudah mampu berdiri dengan bantuan. Jadi senang bagi orang tua saya untuk mandikan Fatih. Cukup seminggu, Fatih sudah mampu melemparkan senyuman manis. Perkembangan Fatih agak cepat berbanding ukuran pertumbuhan bayi biasa. Sentiasa lebih satu hingga dua bulan dari biasa, Alhamdulillah. Sehingga tiga bulan, fatih seorang yang agak tembam orangnya. Fatih sudah mula berkominikasi sejak dua bulan. Contohnya, apabila mahu bangun, Fatih akan cakap "up!" atau "na up".

Apabila tiga bulan berakhir, saya terpaksa hantar fatih ke taska kerana perlu masuk ke pejabat semula. Sangat sedih dan berat hati, maklumlah asyik berkepit saja taip-tiap hari. Sejak masuk ke taska, perkembangan fatih mula menurun. Kesian Fatih, sudah tentu tak seronok di taska, jauh dari ibu dan kurang kasih sayang. Tembam pun sudah mula hilang. Sebulan selepas masuk ke taska, Fatih terkena "eczema". Dari situ Fatih mula demam. Mula-mula sebulan sekali, kemudian 3 minggu sekali, kemudian 2 minggu sekali. Kemudian menjadi lebih teruk, semiggu sekali. Saya tahu, ada yang tidak kena di situ. Berat fatih menurun, perkembangan menurun, dan fatih seperti hidup dalam dunia dia sendiri. Apabila dipanggil, tidak lagi ada respon. Pada usia 4 bulan, Fatih sudah boleh mengenal warna dan objek dengan menggunakan kad imbas, namun semakin lama dihantar ke taska, prestasi semakin merosot. Sangat sedih.

Sehingg 3 minggu yang lepas, Fatih demam agak teruk. Demam 2 hari, sembuh satu hari, kemudian demam lagi 2 hari. Fatih akan demam setiap kali dihantar ke taska dan sentiasa selesema. Ianya terjadi dalam pusingan, mula-mula selesema, lepas tu batuk dan kemudian demam. Apabila berada bersama saya, Fatih sihat dan langsung tiada selesema, batuk atau demam. Dari situ saya tahu, saya perlu lakukan sesuatu.

Lalu saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama sebulan  untuk memastikan fatih betul-betul sihat. Ternyata, demam selesema, batuk dan demam Fatih daripada taska. Fatih kembali sihat sejak bersama saya, berat badan pun dah pulih. Sebelum ini sudah kurus. Apabila keluar, semua orang akan menegur "keciknye..". Dalam hati saya berkata "Macam mana nak membesar, asyik demam saja.". Tapi skarang dah kembali tembam. Perkembangan dari segi mental mula meningkat. Fatih tidak lagi dalam dunianya. Ada komunikasi dengan saya dan suami dan mula untuk belajar dan meneroka benda baru. Pada usianya sembilan bulan, Fatih mula berjalan dengan memegang kerusi dan meja dan sekarang dah semakin aktif. Tak terkejar dibuatnya.

Masa sudah tinggal separuh. Saya hanya ada 15 hari saja lagi untuk bersama Fatih setiap masa. Dalam masa bercuti ini, saya dapati waktu 10 jam yang dihabiskan di pejabat adalah sangat panjang. Pelbagai aktiviti yang dilakukan Fatih di rumah. Tetapi apabila di taska, waktu 10 jam ini akan berlalu  tanpa pengisian yang sepatutnya dan akan banyak waktu yang terbuang begitu sahaja. Ruginya saya kerana bukan suri rumah sepenuh masa. Tetapi Insyaallah, itulah cita-cita saya kini.

Dalam masa yang singkat ini, saya akan gunakan sepenuhnya untuk kebaikan Fatih. Saya sebenarnya kesal kerana terikat dengan kerjaya luar. Ini kerana banyak program yang telah saya susun untuk kami berdua. Sudah tentu tiada latihan-latihan untuk Fatih seperti mana di rumah bersama saya. Yang sangat saya risaukan, Fatih sekarang sangat gembira bersama saya dan bagaimana perasaan nya apabila dihantar semula ke taska nanti? Sudah tentu akan memberi impak pada mental dan emosi.

Bersambung. Wassalam.

Thursday, 26 December 2013

Telur Berkeju Untuk Alas Perut

Teks : Normah Kassim


"Snakking"...

Cuti sebulan separuh gaji untuk jaga khalifah kecil memang diguna pakai sepenuhnya. Asyik berkepit saja, tak bergerak ibu dibuatnya. kalau abah-nya ada senang la sikit, boleh gilir-gilir layan kerenah dia. Kisahnya tak sempat nak masak tengah hari awal-awal. Lapik perut dengan telur berkeju, sedap jugak, sementara menunggu makan tengah hari siap. Ini je yang sempat sambar. Nak pesan makanan luar untuk hantar di rumah memang tak lah. Nanti tak tidur malam pulak si kecik ni. Bukan nya sakit, tapi buat perangai. Anak saya memang sensitif dengan makanan yang tak sihat. Itulah hasil daripada "clean diet". Jika tidak sakit perut, ianya akan mempengaruhi perangai atau mental kanak-kanak.

Orang akan kata, "susah la macam ni. Itu tak bole makan, ini tak bole makan. Bila makan anak meragam, maksudnya tak kuat la tu badan dia. Tak tahan lasak ! ".

Macam tu jugak lah saya fikir sebelum ini. Tapi hakikatnya, bukan hanya bayi ataupun kanak-kanak, orang dewasa jugak mempunyai sensitiviti makanannya tersendiri. Jika badan manusia tidak bertindak balas apabila seseorang itu makan sesuatu yang tidak sihat, itu bermakna badan dan otak tidak berfungsi dengan baik. Ataupun sistem pencernaan tidak betul. Tubuh badan yang sihat akan memberi tindak balas jika terdapat bendasing yang tidak dapat dicerna atau tidak dikenali untuk membuangnya dari memberi kesan buruk kelak. Sebab itu la kita sakit perut apabila tersalah makan.

Sebenarnya bole saja makan semua benda, kecuali yang tidak sihat. :)

Bagi saya, makanan yang sensitif adalah nasi putih. Apabila memakan nasi putih dengan kerap atau banyak, sudah tentu selesema. Ramai yang salahkan resedung atau "sinus" apabila kerap selesema padahal ianya disebabkan oleh pemakanan. Cuba jangan makan nasi putih, gula putih, dan makanan berasaskan tepung untuk sebulan. Elak juga memakan makanan yang dijeruk/diperap seperti belacan. Insyaallah anda akan dapat tengok kesannya. Ini kerana makanan bagi parasit dalam badan kita adalah gula.

Ini gambar keju yang keluarga saya guna. Sungguh enak.


Baiklah, sampai disini dulu. Saya nak sambung memasak untuk tengah hari sementara si kecik ni tidur.

Tuesday, 24 December 2013

Pengenalan

Teks: Normah Kassim

                                        



Bismillahhirahmanirrahim.

Salam perkenalan dari saya Normah Binti kassim yang berasal dari Perak. Saya adalah ibu kepada seorang khalifah allah yang kini berumur 9 bulan. Hari ini adalah catatan sejarah hidup saya dimana saya memulakan penulisan blog. Ini kerana saya tidak pernah menulis sebelum ini.

Saya bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat antarabangsa di Cyberjaya. Sehingga ke hari ini sudah hampir 5 tahun saya bekerja makan gaji dan pelbagai pahit manis telah saya lalui. Maklumlah, bekerja bersama bos dan rakan-rakan sekerja, banyak perkara harus dijaga untuk memastikan tiada masalah dalam kerja harian, termasuklah masalah sosial. Tapi kini, saya mempunyai objektif baru dalam hidup saya dan membuat keputusan untuk memulakan penulisan. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sepenuh masa di pejabat.

Setelah berkahwin, Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sentiasa menjadi penawar dalam rumah tangga kami. Disinilah bermula episod dilema bagi diri saya. Dengan keadaan saya yang masih bekerja makan gaji, saya terpaksa menghantar bayi saya ke taska berdekatan. Syukur, saya dapat mencari penjaga yang baik untuk bayi saya. Tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa beratnya nak menghantar anak ke taska. Sepuluh jam bukanlah masa yang singkat bagi siang hari, pada waktu itulah anak-anak kita akan belajar, bermain dan secara tidak langsung akan mempengaruhi minda separa sedar mereka. Ianya akan menentukan bagaimana mereka bakal berfikir dan menyelesaikan masalah kelak. Belum lagi memikirkan tentang virus-virus yang bakal di jangkiti ketika di taska nanti. Bertambah risau dan hanya allah lah tempat kami mengadu dan berlindung.

                Berkenaan dengan gaya hidup, saya dan suami baru sahaja mengamalkan kehidupan secara alami dan holistik lebih kurang sejak tiga tahun yang lalu. Dengan ilmu yang cetek ini, kami tahu apa baik buruk sesuatu dan tidak mahu generasi baru kami terdedah kepada perkara-perkara yang diluar sifat semula jadi manusia. Oleh sebab itu kami terus mencari ilmu pengetahuan yang lagi mendalam untuk keluarga. Dalam masa yang sama saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan ibu bapa atau anak muda diluar sana.

                Saya berharap segala ilmu dan perkongsian peribadi ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengikuti penulisan saya.


Sekian..

Foto: Carian Google.