Saturday 4 January 2014

Dr Suriyakhatun, Doktor Perubatan Homeopathy (Medical Homeopath)

Teks : Normah Kassim

Assalamualaikum.



Kali ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman bertemu dengan doktor perubatan homeopathy pertama di malaysia, Doktor Suriyakhatun.

Saya dan suami sememangnya tercari-cari seorang doktor perubatan homeopathy yang bijak, mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi. Setelah dapat maklumat mengenai Doktor Suriya, saya terus membuat temujanji untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Anak saya diberi ubat homeopathy untuk demam yang kerap. Saya dan suami jugak membuat analisis kesihatan dan diberi ubatan homeopathy.

Selepas lawatan yang pertama, kami mengambil ubat seperti yang disarankan selama 10 hari. Alhamdullillah, Allah menyembuhkan kami. Demam sudah tidak lagi menyerang anak saya dan dia kelihatan lebih aktif, gembira dan selera makan juga meningkat. Dua minggu dalam jagaan saya, beratnya bertambah hasil daripada kegembiraan bersama saya dan kesihatan yang dikurniakan.

Hari ini adalah lawatan yang ke dua. Dua jam rasa macam 10 minit. Banyak yang dikongsikan beliau. Siap buat rakaman lagi. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan doktor yang sangat baik hati dan berpengatahuan tinggi seperti doktor Suriya.

Anda boleh mengenali dan membaca perihal kesihatan di blog beliau :

https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun
http://drsuriyakhatun.com/about/


No comments:

Post a Comment