Tuesday 24 December 2013

Pengenalan

Teks: Normah Kassim

                                        



Bismillahhirahmanirrahim.

Salam perkenalan dari saya Normah Binti kassim yang berasal dari Perak. Saya adalah ibu kepada seorang khalifah allah yang kini berumur 9 bulan. Hari ini adalah catatan sejarah hidup saya dimana saya memulakan penulisan blog. Ini kerana saya tidak pernah menulis sebelum ini.

Saya bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat antarabangsa di Cyberjaya. Sehingga ke hari ini sudah hampir 5 tahun saya bekerja makan gaji dan pelbagai pahit manis telah saya lalui. Maklumlah, bekerja bersama bos dan rakan-rakan sekerja, banyak perkara harus dijaga untuk memastikan tiada masalah dalam kerja harian, termasuklah masalah sosial. Tapi kini, saya mempunyai objektif baru dalam hidup saya dan membuat keputusan untuk memulakan penulisan. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sepenuh masa di pejabat.

Setelah berkahwin, Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sentiasa menjadi penawar dalam rumah tangga kami. Disinilah bermula episod dilema bagi diri saya. Dengan keadaan saya yang masih bekerja makan gaji, saya terpaksa menghantar bayi saya ke taska berdekatan. Syukur, saya dapat mencari penjaga yang baik untuk bayi saya. Tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa beratnya nak menghantar anak ke taska. Sepuluh jam bukanlah masa yang singkat bagi siang hari, pada waktu itulah anak-anak kita akan belajar, bermain dan secara tidak langsung akan mempengaruhi minda separa sedar mereka. Ianya akan menentukan bagaimana mereka bakal berfikir dan menyelesaikan masalah kelak. Belum lagi memikirkan tentang virus-virus yang bakal di jangkiti ketika di taska nanti. Bertambah risau dan hanya allah lah tempat kami mengadu dan berlindung.

                Berkenaan dengan gaya hidup, saya dan suami baru sahaja mengamalkan kehidupan secara alami dan holistik lebih kurang sejak tiga tahun yang lalu. Dengan ilmu yang cetek ini, kami tahu apa baik buruk sesuatu dan tidak mahu generasi baru kami terdedah kepada perkara-perkara yang diluar sifat semula jadi manusia. Oleh sebab itu kami terus mencari ilmu pengetahuan yang lagi mendalam untuk keluarga. Dalam masa yang sama saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan ibu bapa atau anak muda diluar sana.

                Saya berharap segala ilmu dan perkongsian peribadi ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengikuti penulisan saya.


Sekian..

Foto: Carian Google.

No comments:

Post a Comment