Thursday 26 December 2013

Buah Kelapa

Teks : Normah Kassim


Bismillah.

Kali ini saya akan menyentuh berkenaan buah kelapa. Buah kelapa sudah jadi kebiasaan bagi masyarakat kita untuk memasak, air kelapa untuk diminum. Tahukah anda buah kelapa bukan sembarangan buah. Ianya buah yang sangat hebat penciptaannya.

Air kelapa mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Ianya dapat memberikan sumber tenaga dan dapat mengembalikan kelembapan pada tubuh badan kita. Bagi yang aktif bersukan, air kelapa dapat membuatkan anda kembali bertenaga kerana ia mengandungi elektrolit yang tinggi disamping menyejukkan badan. Jadi, apa salahnya kita gantikan 100 plus dengan air kelapa. Ianya sudah tentu sihat dan tidak mengandungi bahan awet atau perasa tiruan bahkan lagi sedap.

Buah kelapa mengandungi lemak tepu tulen yang mempunyai keboleh yang luar biasa untuk memperbaharui sel-sel kulit dan bagus untuk meremajakan kulit. Ianya juga bagus untuk meningkatkan fungsi sistem saraf, meningkatkan pengeluaran susu ibu dan memulihkan cecair seksual lelaki.

Minyak kelapa dara bagi saya adalah minyak serbaguna yang sangat banyak manfaatnya. Kandungan minyak kelapa adalah 92% lemak tepu, dan kira-kira 50% adalah asid laurik. Asid laurik hanya bole didapati di dalam susu ibu dan ianya penting dalam meningkatkan immunisasi badan.

Antara kebaikan isi kelapa muda dan minyak kelapa dara adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan penghadaman dan penyerapan vitamin larut lemak dan asid amino.
  • Mengandungi anti-kulat, anti-virus, anti-mikrob asid lemak tepu, yang membantu untuk melawan bakteria, kulat dan penumbuhan virus yg terlalu cepat.
  • Meningkatkan process pengunaan gula dalam darah.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium ion.
  • meningkatkan metabolisme.
  • Mengandungi anti-oksida yang kuat di dalam bentuk lemak tepu dan minyak mentah.
  • Membantu mengawal dan menyokong pengeluaran hormon yang sihat.
  • Membantu dalam mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Menyokong pembentukan kolesterol yang sihat di dalam hati.

Untuk bayi saya, minyak kelapa dara adalah sesuatu yang utama. Selepas kelahiran, saya menggunakan minyak kelapa dara setiap masa. Antara kegunaannya adalah : 

  • Disapukan pada tali pusat bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
  • Disapu pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan lecetan, ruam atau gatal-gatal.
  • Disapu pada badan bayi untuk elakkan ruam.
  • Ketika bayi 5 bulan keatas, digunakan untuk mengubat selesema, batuk dan demam dengan memberi separuh sudu teh, 2 kali sehari.
  • Sapu pada bahagian yang digigit nyamuk atau semut.
  • Ia juga bagus untuk sistem penghadaman dan untuk elakkan sembelit pada bayi.
Untuk Saya, selain daripada kebaikan diatas, ianya sangat membantu dalam menghasilan susu. Maklumlah ibu yang bekerja, setiap 2 - 3 jam, perlu untuk pam susu dan simpan untuk dihantar ke taska.

Minyak kelapa dara juga digunakan untuk masakan harian kerana ianya tahan panas dan dapat mengekalkan nutrisi apabila dimasak dengan api yang besar. Saya dan keluarga menggunakan minyak kelapa dara organik seperti dibawah. Ianya dapat diperolehi di kedai Organik Country Farm, Cosway atau Jusco.




Rujukan :

Photo : Carian goggle

No comments:

Post a Comment