Bismillahhirahmanirrahim.
Salam perkenalan dari saya Normah
Binti kassim yang berasal dari Perak. Saya adalah ibu kepada seorang khalifah
allah yang kini berumur 9 bulan. Hari ini adalah catatan sejarah hidup saya dimana saya memulakan penulisan blog. Ini kerana saya tidak pernah menulis sebelum ini.
Saya bekerja dalam bidang IT di
sebuah syarikat antarabangsa di Cyberjaya. Sehingga ke hari ini sudah hampir 5
tahun saya bekerja makan gaji dan pelbagai pahit manis telah saya lalui. Maklumlah,
bekerja bersama bos dan rakan-rakan sekerja, banyak perkara harus dijaga untuk
memastikan tiada masalah dalam kerja harian, termasuklah masalah sosial. Tapi
kini, saya mempunyai objektif baru dalam hidup saya dan membuat keputusan untuk
memulakan penulisan. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sepenuh masa di pejabat.
Setelah berkahwin, Alhamdulillah kami
dikurniakan seorang cahaya mata yang sentiasa menjadi penawar dalam rumah
tangga kami. Disinilah bermula episod dilema bagi diri saya. Dengan keadaan
saya yang masih bekerja makan gaji, saya terpaksa menghantar bayi saya ke taska
berdekatan. Syukur, saya dapat mencari penjaga yang baik untuk bayi saya. Tetapi
dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa beratnya nak menghantar anak ke taska. Sepuluh
jam bukanlah masa yang singkat bagi siang hari, pada waktu itulah anak-anak
kita akan belajar, bermain dan secara tidak langsung akan mempengaruhi minda
separa sedar mereka. Ianya akan menentukan bagaimana mereka bakal berfikir
dan menyelesaikan masalah kelak. Belum lagi memikirkan tentang virus-virus yang
bakal di jangkiti ketika di taska nanti. Bertambah risau dan hanya allah lah tempat
kami mengadu dan berlindung.
Berkenaan dengan gaya hidup, saya
dan suami baru sahaja mengamalkan kehidupan secara alami dan holistik lebih
kurang sejak tiga tahun yang lalu. Dengan
ilmu yang cetek ini, kami tahu apa baik buruk sesuatu dan tidak mahu
generasi baru kami terdedah kepada perkara-perkara yang diluar sifat semula
jadi manusia. Oleh sebab itu kami terus mencari ilmu pengetahuan yang lagi mendalam
untuk keluarga. Dalam masa yang sama saya ingin berkongsi pengetahuan ini
dengan ibu bapa atau anak muda diluar sana.
Saya berharap
segala ilmu dan perkongsian peribadi ini akan memberi kebaikan dan manfaat
kepada sesiapa sahaja yang mengikuti penulisan saya.
Sekian..
Foto: Carian Google.
Foto: Carian Google.
No comments:
Post a Comment