Bismillah,
Harini saya nak sentuh mengenai perkembangan anak saya dalam dia membesar. Lahir pada 22 March 2013, hari Jumaat 10 JAW 1434 hijrah. Pejam celik sudah sembilan bulan lapan hari berlalu. Dilahirkan secara "Gentle Birth", disambut oleh suami saya. Pengalaman yang indah dan tak dapat dilupakan bagi saya dan suami.
Alhamdullillah, tuhan memberi saya kesempatan untuk merasai keindahan menjadi seorang ibu. Sebagai generasi pertama holistik kami, saya dan suami bersungguh-sungguh dalam memastikan kesihatan dan tumbesaran Fatih. Objektif kami adalah untuk mengubah genetik keluarga menjadi keturunan yang lebih baik.
Tiga bulan pertama adahlah bulan madu antara saya dan Fatih. Syukur, Fatih seorang bayi yang sihat. Ada penyakit kuning tapi sedikit sahaja dan tidak perlu rawatan lanjut. Tulang kaki fatih agak kuat sejak lahir, pada hari kedua dia sudah mampu berdiri dengan bantuan. Jadi senang bagi orang tua saya untuk mandikan Fatih. Cukup seminggu, Fatih sudah mampu melemparkan senyuman manis. Perkembangan Fatih agak cepat berbanding ukuran pertumbuhan bayi biasa. Sentiasa lebih satu hingga dua bulan dari biasa, Alhamdulillah. Sehingga tiga bulan, fatih seorang yang agak tembam orangnya. Fatih sudah mula berkominikasi sejak dua bulan. Contohnya, apabila mahu bangun, Fatih akan cakap "up!" atau "na up".
Apabila tiga bulan berakhir, saya terpaksa hantar fatih ke taska kerana perlu masuk ke pejabat semula. Sangat sedih dan berat hati, maklumlah asyik berkepit saja taip-tiap hari. Sejak masuk ke taska, perkembangan fatih mula menurun. Kesian Fatih, sudah tentu tak seronok di taska, jauh dari ibu dan kurang kasih sayang. Tembam pun sudah mula hilang. Sebulan selepas masuk ke taska, Fatih terkena "eczema". Dari situ Fatih mula demam. Mula-mula sebulan sekali, kemudian 3 minggu sekali, kemudian 2 minggu sekali. Kemudian menjadi lebih teruk, semiggu sekali. Saya tahu, ada yang tidak kena di situ. Berat fatih menurun, perkembangan menurun, dan fatih seperti hidup dalam dunia dia sendiri. Apabila dipanggil, tidak lagi ada respon. Pada usia 4 bulan, Fatih sudah boleh mengenal warna dan objek dengan menggunakan kad imbas, namun semakin lama dihantar ke taska, prestasi semakin merosot. Sangat sedih.
Sehingg 3 minggu yang lepas, Fatih demam agak teruk. Demam 2 hari, sembuh satu hari, kemudian demam lagi 2 hari. Fatih akan demam setiap kali dihantar ke taska dan sentiasa selesema. Ianya terjadi dalam pusingan, mula-mula selesema, lepas tu batuk dan kemudian demam. Apabila berada bersama saya, Fatih sihat dan langsung tiada selesema, batuk atau demam. Dari situ saya tahu, saya perlu lakukan sesuatu.
Lalu saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama sebulan untuk memastikan fatih betul-betul sihat. Ternyata, demam selesema, batuk dan demam Fatih daripada taska. Fatih kembali sihat sejak bersama saya, berat badan pun dah pulih. Sebelum ini sudah kurus. Apabila keluar, semua orang akan menegur "keciknye..". Dalam hati saya berkata "Macam mana nak membesar, asyik demam saja.". Tapi skarang dah kembali tembam. Perkembangan dari segi mental mula meningkat. Fatih tidak lagi dalam dunianya. Ada komunikasi dengan saya dan suami dan mula untuk belajar dan meneroka benda baru. Pada usianya sembilan bulan, Fatih mula berjalan dengan memegang kerusi dan meja dan sekarang dah semakin aktif. Tak terkejar dibuatnya.
Masa sudah tinggal separuh. Saya hanya ada 15 hari saja lagi untuk bersama Fatih setiap masa. Dalam masa bercuti ini, saya dapati waktu 10 jam yang dihabiskan di pejabat adalah sangat panjang. Pelbagai aktiviti yang dilakukan Fatih di rumah. Tetapi apabila di taska, waktu 10 jam ini akan berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya dan akan banyak waktu yang terbuang begitu sahaja. Ruginya saya kerana bukan suri rumah sepenuh masa. Tetapi Insyaallah, itulah cita-cita saya kini.
Dalam masa yang singkat ini, saya akan gunakan sepenuhnya untuk kebaikan Fatih. Saya sebenarnya kesal kerana terikat dengan kerjaya luar. Ini kerana banyak program yang telah saya susun untuk kami berdua. Sudah tentu tiada latihan-latihan untuk Fatih seperti mana di rumah bersama saya. Yang sangat saya risaukan, Fatih sekarang sangat gembira bersama saya dan bagaimana perasaan nya apabila dihantar semula ke taska nanti? Sudah tentu akan memberi impak pada mental dan emosi.
Bersambung. Wassalam.
No comments:
Post a Comment