Assalamualaikum..
Terjadinya sesuatu ketetapan tentunya ada sebab dan musabab di sebaliknya. Saya percaya perancangan Allah adalah sentiasa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya mampu berdoa semoga terlindung dari fitnah dajjal dan kejahatan dunia. Dalam coretan ini, saya akan menceritakan kembali bagaimana perjalanan saya sehingga saya "terjebak" dalam dunia holistik dan menjadi pencinta gaya hidup semula jadi.
Sebelum ini saya pernah menceritakan bahawa saya bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat swasta. Mari kita mengimbau kembali kehidupan saya lebih kurang 4 - 5 tahun lepas. Bermula dengan bekerja mengikut “shift” 12 jam sehari menyebabkan kesihatan saya tidak lagi diambil kira. Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir akan cara untuk menjaga kesihatan. Dengan gaji pekerja suasta yang agak lumayan, makanan hanya di hujung jari. Hanya perlu klik, sms, atau call untuk memesan makanan. Tidak kira masa. Ada pula kedai makanan segera seperti McD yang buka 24 jam sehari. Di situlah tempat saya kunjungi untuk makan. Oleh kerana waktu kerja yang tidak menentu, ketika orang lain masih lena dibuai mimpi pada pukul 3 - 4 pagi, saya menuju ke kedai makanan segera atau “fast-food”. Begitulah aktiviti harian saya, bekerja 7 am – 7 pm atau 7 pm – 7 am, kemudian makan makanan segera, makanan ber-MSG, dan jarang sekali masak di rumah. Berat badan semakin naik dan naik. Dari "Slim" ke tembam jadinya.
Setelah satu tahun setengah bekerja mengikut “shift”, saya berjaya untuk menukar jabatan yang beroperasi mengikut waktu bekerja normal. Saya mula mengikuti senaman pada waktu petang selepas tamat waktu bekerja. Di situ, pelatih saya mengajar cara makan, tidur, dan senaman dengan betul. Beliau adalah pengamal holistik dan mempunyai kelulusan berkaitan dengan pemakanan secara holistik dan senaman mengikut kejadian semula jadi manusia. Pada ketika itu, saya masih belum berkahwin tetapi saya dan suami bekerja di tempat yang sama. Kami mengikuti senaman dari pelatih yang sama setiap petang.
Bermulalah kehidupan baru bagi saya dan suami dalam menitik berat soal kesihatan kami ketika itu. Agak sukar untuk meninggalkan makanan-makanan yang lazat diluar sana, tetapi kami tidaklah menghadkan keinginan kerana tujuan kami adalah untuk menjadikan apa yang diajar sebagai gaya hidup. Bukanlah mengejar penurunan berat badan dan tidak juga hanya ingin mengejar badan yang cantik. Ini kerana daripada menjaga pemakanan seharian, tidur, menguruskan stres dengan baik dan senaman, badan yang cantik akan datang dengan sendirinya.
Daripada titik permulaan itu, kami menimba ilmu berkaitan dengan holistik dan mencari cara untuk merawat gejala-gejala penyakit yang kami ada secara semulajadi tanpa menggunakan dadah dari kaunter farmasi atau klinik. Setiap sesuatu yang diragui, kami akan terus merujuk kepada pelatih yang sentiasa membantu. Tenyata kaedah holistik dan kaedah semula jadi ini amat berkesan buat kami. Selepas berkahwin, sudah tentu kami membawa cara hidup yang sama untuk keluarga dan generasi-generasi baru akan datang. “Human Survivor Mechanism” yang ada dalam diri setiap manusia membuatkan kami tidak putus-putus untuk mencari penyelesaian baru. Di samping itu kami juga menambah ilmu untuk kegunaan masa depan keluarga kelak. Usaha ini kami lakukan setelah mengetahui betapa banyaknya pembohongan dan agensi-agensi yang sering kali mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan mereka dengan memperguna dan menipu masyarakat.
Setelah mempunyai anak, tumpuan saya lebih kepada kaedah penjagaan dan kesihatan bayi mengikut holistik. Sehingga kini, kami berjaya meneruskan kehidupan kami seperti mana yg kami inginkan dan pendekatan semula jadi sebegini telah pun menjadi gaya hidup kami sekeluarga. Saya akan berkongsi kaedah yang berkesan buat keluarga saya yang pernah digunakan dalam menangani gelaja seperti demam, batuk, selema dan lain-lain dalam entri-entri yang akan datang. Saya juga akan berkongsi dengan lebih mendalam tentang menurunan berat badan dan peningkatan kesihatan yang telah dilalui oleh saya, suami saya dan khalifah kecil kami. Insyaallah.
Foto : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=432387016888738&set=a.242735749187200.55596.194159110711531&type=1
No comments:
Post a Comment