Teks : Normah Kassim
Pernahkah anda terfikir bahawa makanan memberi impak yang
sangat besar dalam keperibadian manusia? Makanan yang sihat bukan hanya untuk
kesihatan tubuh badan, tetapi ia juga mempengaruhi tindak tanduk dan perangai
seseorang
Saya sekeluarga telah mengamalkan “clean diet” hampir dua
tahun. Hasilnya sangat memberangsangkan. Banyak perubahan-perubahan yang
dirasai dari segi mental, fizikal dan rohani.
Apa itu “Clean Diet”?
“Clean Diet” adalah mengambilan makanan yang sihat untuk
tubuh badan kita dan ia mudah di hadam oleh sistem penghadaman kita. Makanan
anda di kategorikan sebagai “Clean Diet” jika memenuhi syarat-syarat berikut :
Elakkan :
1. “No fast, process and junk food” – Tiada pengambilan
makanan segera seperti McD, KFC, Mee Segera, bebola ikan, ayam, sotong dan yang
seangkatan dengannya, sosej, nugget, dan lain-lain makanan yang telah diproses.
Juga makanan seprti keropok, gula-gula, minuman berkabonat.
2. "3 White Rules" – Pastikan anda tidak mengambil
makanan yang mengandungi “3 White Rules” ini. Ia adalah nasi putih (White Rice),
tepung (White Flour), Gula putih ( White Sugar).
4. “GMO” – Banyak sumber makanan kita yang telah di
ubah genetik nya untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Makanan-makanan yang
telah diubah genetik juga harus di elakkan kerana ia di percayai dapat memberi
impak kepada manusia. Anda boleh buat pencarian anda sendiri untuk menetahui
dengan lebih mendalam. Contoh makanan seperti jagung, soya, dan terdapat jugak
buah dan sayur-sayuran lain.
Jadi, apa yang nak di makan?
1. Makan makanan yang dimasak, seeloknya dimasak
sendiri. Makanan hendaklah dimasak dengan api yang perlahan supaya khasiat dan
nutrisi di dalam makanan dapat dikekalkan. Sumber makan adalah daripada makanan
yang asli iaitu belum diproses seperti sayur, buah-buahan, daging, ayam, dan makanan laut.
2. Tukarkan nasi putih kepada nasi perang “brown
rice”. Nasi hendaklah dikurangkan pengambilannya. Saya akan menyentuh perihal bijirin
ataupun “Grains” di entri yang akan datang kerana penerangannya agak panjang.
Tukarkan tepung putih dengan tepung yang tidak diperbuat daripada bijirin
terutama gandum. Gula putih pula digantikan dengan gula perang “Brown sugar”
ataupun lebih elok menggunakan pemanis yang semulajadi seperti stevia dan madu
asli.
3. Beli makanan yang ditanam secara organic terutamanya
sayur-sayuran. Bagi ayam dan daging, pilih yang dibesarkan melalui cara organik
dan hidup bebas “organic free range” ataupun “organic grass feed”.
Ia sebenarnya tidak susah, cuma perlu sedikit masa, daya
berfikir dan pelaburan jangka panjang. Ada yang berpendapat bahawa organik itu
mahal. Pada pendapat saya ianya adalah pelaburan untuk kesihatan kita. Lebih mahal
lagi kos untuk merawat cancer atau penyakit-penyakit kronik di hospital. Betul tak?.
Jadi terpulang lah kepada anda dalam memilih cara hidup
kerana bagi saya, “Living is when you can enjoy world, you can enjoy food, you
can enjoy doing anything you like. But it is not called living when you are on
wheel chair or on the bed at hospital with wired here and there.”
Rujukan:
Photo :
http://kahoks.files.wordpress.com/2013/02/crossfit-nutrition.jpg & carian google
No comments:
Post a Comment