Wednesday, 9 April 2014

Rumah Bersuri, Rumah Berseri

Teks : Normah Kassim
Foto : Carian google

Bismillah,

Setelah 40 hari tinggalkan rumah balik ke kampung, sekarang sudah kembali beraksi. Apabila sampai dirumah, rasa macam asing pulak. Maklumlah dah lama tinggal. Macam suram sahaja. Tetapi tak mengapa, dengan kuasa sentuhan suri rumah, keesokan harinya rumah kembali ceria.

Betul sangat lah sunnah nabi kita menyuruh perempuan untuk berada di rumah. Kerja wanita adalah menjaga rumah, suami dan anak-anak. Saya percaya terdapat banyak perbezaan antara anak-anak yang dibesarkan oleh ibu berbanding anak-anak yang dibesarkan oleh pusat jagaan. Saya juga percaya ada juga perbezaan anak-anak yang tinggal dalam suasana rumah yang bersih dan kemas berbanding rumah yang kotor dan bersepah. Semua faktor ini akan membentuk minda separuh sedar anak-anak apabila mereka besar nanti.

Sebilangabn ibu bapa hanya mementingkan pelajaran tetapi lupa mengajar cara hidup yang baik kepada anak-anak. Berjaya dalam pelajaran tidak cukup untuk menjadi bekalan masa depan. Beberapa persoalan perlu di fikirkan dalam membentuk anak-anak.

Bagaimana dengan rohaninya?

Bagaimana dengan hubungan sesama manusia?

Bagaimana dia akan menguruskan hidupnya? Adakah teratur atau tidak?

Bagaimana dengan  pengurusan wang?

Boleh kah dia menguruskan rumahnya sendiri nanti? memasak, kemas rumah.

Pernahkah anda melihat orang yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi,  dan dipandang tinggi oleh masyrakat sebagai seorang yang berjaya. Tetapi rumahnya macam bot dilanda taufan dan anak-anak bagaikan puting beliung?.  Zaman sekarang, perkara yang luar biasa ini dianggap biasa.

Tanpa penerapan dari kecil, semua ini akan mendatangkan kesusahan dan menjadikan hidup mereka tidak sempurna kepada masa depan.

Mungkin anda rasa semua ini leceh dan tidak penting tetapi bagi saya ianya penting. Disiplin dan  kesempurnaan dapat dibentuk dari rumah membentuk keperibadian dan sikap anak-anak.

Pernahkah kita melihat kanak-kanak yang buas dan tidak mendengar cakap?
Kanak-kanak yang tidak tertib apabila berhadapan dengan masyarakat.
Kanak-kanak yang melompat sana-sini sehingga menimbulkan kurang selesa pada orang awam.
Kanak-kanak yang terjerit-jerit di tempat awam.
Kanak-kanak yang merosakkan barang perhiasan dirumah yang ditandang.

Semua ini terjadi apabila kita mengambil mudah dengan sikap disiplin anak-anak. Kita hanya letak disiplin di sekolah tetapi tidak menerapkan disiplin dalam hidup seharian.

Apa yang saya dapati, dalam hidup kita perlu memilih salah satu. Jika pilih wang, maka anak, suami dan rumah tidak mendapat sepenuh perhatian. Sebaliknya, jika pilih anak, suami dan rumah, belum tentu wang akan berkurang. Boleh jadi jugak allah memberikan rezeki dari punca yang lain. Sesungguhnya rezeki milik allah. Kira wang cara Allah tak sama dengan pengiraan manusia. Ada duit banyak tetapi tak tahu kemana, belum hujung bulan duit sudah habis.. Ada yang duit sikit tetapi cukup sampai hujung bulan.

Wallahua'lam.






No comments:

Post a Comment