Teks : Normah Kassim
Sumber : http://medicalhomeopathinfo.ipage.com/2014/01/16/merawat-eczema-kaitan-usus-dengan-eczema-1/
Assalamualaikum,
Eczema dan serangannya terhadap bayi kerap kali kita dengar. Apa yang menyebabkan eczema? bagaimana untuk merawat? dan bolehkan ianya dielakkan?.
Faktor utama eczema adalah sistem immunisasi yang rendah. Apa yang menyebabkan immunisasi seseorang itu rendah?. Sudah tentu hasil daripada pemakanan, pengambilan bahan kimia daripada makanan yang diproses, mengambilan ubat-ubatan yang berasaskan dadah dan antibiotik. Ataupun perkara-perkara lain yang dapat melemahkan sistem immunisasi badan.
Lebih baik mencegah daripada merawat. Jika anda tidak mahu bayi terkena eczema, jaga pemakanan dan kuat sistem immune anda sebelum hamil, semasa hamil dan selepas melahirkan.
Sebelum hamil : Kenapa?. Kerana bayi akan terhasil daripada sperma lelaki dan ovum perempuan. Setiap manusia mempunyai rangkaian DNA dan ianya bakal diprogramkan kepada anak anda. Untuk menghasilakan bayi yang sihat, suami dan isteri hendaklah memastikan bahawa tubuh badan mereka berada pada kesihatan yang maksimum. Jadi, lihat pada diri anda, adakah anda sihat untuk mengahsilkan bayi?
Semasa hamil : Sudah tentu apa yang dimakan oleh ibu akan sampai pada bayi dalam kandungan dan daripada makanan dan nutrisi ibu janin akan membesar menjadi bayi yang sempurna. Nilai pemakanan anda dan elakkan daripada pengambilan ubat-ubatan dadah, vaksin, antibiotik (sama ada dari kaunter famasi atau haiwan seperti ayam), racun serangga (daripada sayuran yang anda makan), GMO food dan lain-lain yang diluar tabi'i. Hanya makan yang asli.
Selepas hamil : Pemakanan ibu akan memberi kesan kepada penghasilan susu berkualiti atau tidak. Bayi akan mendapat immunisasi daripada susu ibu dan sudah tentu bukan daripada jarum hospital atau klinik. Jangan terpedaya dengan slogan yang mengatakan bayi mendapat immunisasi daripada vaksin. "Health does not come from the needle".
Berbalik kepada topik kita, hari ini saya ingin berkongsi mengenai eczema dan kaitan antara kesihatan usus dan eczema. Saya memetik penerangan daripada Doctor Medical Homeopath.
"
Seperti yang sudah disenaraikan , eczema mempunyai banyak punca dan yang paling penting adalah sistem immune menjadi songsang dalam kesemua kes eczema. Perlu di nyatakan : 90% patogen memasukki tubuh melalui usus. Pencipta manusia juga jadikan 80% sistem immune ditempatkan di usus. Badan manusia mempunyai lebih banyak bakteria dari sel badan sendiri ! Apa erti ini semua ? Bakteria memainkan peranan penting dalam pembentukkan sistem immune badan malahan mempunyai peranan dalam fungsi organ manusia yang dinamakan thymus. Bila dikaji saiz thymus, nyata ada beza saiz thymus anak yang hisap susu badan dan thymus bayi yang hisap susu botol. Thymus memainkan peranan penting dalam pembentukkan sistem immune badan dan nyata bayi susu badan mempunyai thymus yang lebih besar.
Pencipta manusia yang maha Agung juga jadikan susu ibu mempunyai kandungan bakteria bernama bifidus. Bakteria ini membiak dalam usus bayi yang hisap susu badan. Apa pula halnya bayi yang tidak hisap susu badan ? Susu formula tidak ada bakteria ini kecuali setengah jenis susu yang ada label probiotic dan ‘added bifidus’.
Bayi mendapat bakteria saat ia dilahirkan dari ibu melalui saluran beranak ibu. Dalam saluran beranak ibu, sedia ada bakteria yang akan menjadi bakteria usus bayi. Masaalah berlaku bila saluran beranak ibu tidak sihat dan mempunyai bakteria patogen. Tanda-tanda salurang beranak ibu mempunyai bakteria patogen adalah keputihan sama ada putih macam susu basi ( candida) atau kuning dan hanyir . Tanda lain adalah gatal kemaluan serta kurap kelengkang. Bagi bayi yang lahir melalui caesarean, masih akan dapat bakteria semasa menyusu dari ibu. Alangkah malang jika lahir melalui caesarean dan minum susu formula! Namun begitu dengan ilmu yang kita ada sekarang masih boleh diperbetulkan ! Untuk ibu yang sedang mengandung, cara untuk betulkan sama seperti ibu yang menyusukan, seperti di bawah .
Maka, langkah pertama untuk anak atau bayi yang mengidap eczema adalah kesihatan usus .
Bagi bayi yang mengambil susu badan, ibunya perlu mengambil berat pemakanan diri sendiri . Untuk mendapat susu yang baik, makanan perlu berkhasiat dan seimbang serta elak pada beberapa makanan yang akan menjejaskan susunya . Ini termasuk :
Gula
Makanan berproses (ada banyak kimia dalamnya serta gula
Usus ibu pun perlu betul juga. Contohnya, ada ibu yang juga ada masaalah usus dan selalu berangin perut, gastrik, berak keras dan busuk . Ini menandakan bakteria usus ibu pun terjejas . Maka air susunya pun terjejas dan tidak mempunyai bakteria baik yang sepatutnya ada dan mungkin ibu mendapat candida berlebih dalam usus serta merebak kekulit. Petandanya adalah gatal kelengkang, kurap di kelengkan , serta keputihan yang macam susu basi , serta kurap antara jari kaki .
Cara untuk membetulkan usus ibu seperti berikut :
Elak gula dan makanan yang mengandungi gula
Makanan seimbang termasuk sayur dan lauk pauk
Elak dari banyak makan makanan bertepung terutama tepung gandum
Ambil supplement : probiotic pada peringkat awal selama 2 minggu dan sertakan dengan prebiotic yang diteruskan.
Ambil rawatan homeopathy, ubatan yang paling sesuai adalah Bowel Nosodes di ikuti dengan Similimum untuk gejala dan semboyan ibu termasuklah emosi ibu
Tangani stress dan konflik
Tentang probiotic : Ada beberapa jenama dipasaran, yang biasa dijual termasuk lactogg dan lacto 5.
Tentang prebiotic: Yang terbaik dan mempunyai khasiat makanan yang lengkap asid amino serta zat galian adalah gum arabic, maklumat lanjut laman facebook Natural Prebiotic.
Berbalik kepada anak, selalunya bayi yang eczema. Tanda-tanda bahawa ususnya ada masaalah adalah :
Kembong
Muntah susu
Cepat lapar
Mengangis secara menjerit
Mahu dilayan atau dukung sentiasa
Tidur tidak nyenyak
Buang air besar terlalu kerap ie lebih dari 4 kali sehari bagi yang susu badan dan lebih dari 2 kali sehari bagi yang susu botol
Buang air besar terlalu jarak, ie lebih dari 4 hari sekali bagi yang susu badan dan lebih dari 2 hari sekali bagi yang susu botol
Najis warna hijau atau hitam dan busuk : najis bayi yang belum makan solid adalah kuning terang, macam krim dan tidak ada lendir . Bagi yang susu botol boleh jadi hijau sebab zat besi dalam susu . Baunya najis sihat adalah seperti pisang busuk .
Gatal lubang dubur
Kurap lampin ( petanda candida)
Ulser mulut
Selaput lidah warna putih
Gigi busuk
Untuk betulkan usus anak :
Betulkan usus ibu seperti di atas.
Probiotics jika bukan susu badan, ambil untuk 2 minggu beserta prebiotic yang sesuai ( gum arabic ) yang diteruskan.
Rawatan homeopathy untuk betulkan usus , bowel nosodes serta constitutional remedy sesuai dengan watak , susuk badan dan emosi anak . Jika rawatan tidak diberikan pada usus dahulu dan terus tujukan ke gejala eczema dikulit, ini yang akan menyebabkan aggravasi semasa mengambil rawatan homeopathy
"
http://medicalhomeopathinfo.ipage.com/2014/01/16/merawat-eczema-kaitan-usus-dengan-eczema-1/
No comments:
Post a Comment