Teks : Normah Kassim
Foto : Carian google
"Kejar duit, abaikan anak." ATAU "Kejar anak..abaikan duit?"
1. Duit memang penting. Tetapi ingat itu rezeki dari allah. Dan allah telah tetapkan rezeki untuk seseorang sejak lahir lagi.
2. Anak sememangnya penting. Siapa tak sayang anak kan?. Tetapi betul kah kita dah bagi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada mereka?. Pernahkah kita terfikir adakah kita telah memberi hak mereka sebagai seorang anak kecil? hak anak kecik adalah untuk bersama ibunya. Tanggungjawab ibu adalah untuk menjaga dan mendidik anak. Jika tidak mampu kerana bekerja, wajib cari pengasuh yang boleh menjaganya. Akan tetapi, tercapai kah hak mereka? Sudah tentu tidak kerana tak ada kasih sayang seorang ibu diberikan ketika dia berada di taska.
3. Nak buat saham dunia ke saham akhirat?. Duit hanya di dunia, tak dibawa mati. Anak adalah untuk dunia dan akhirat. Anak yang soleh memberi keuntungan di akhirat. Anak yang jahat memberi malapetaka pada hari pembalasan. Saya seringkali terfikir, andai saya abaikan anak saya dari kecil. Apa yang harus saya jawab di hadapan tuhan nanti?. Bagaimana jika saya disalahkan di hadapan tuhan kerana mengabaikan anak? "Ya allah, ibu ku tidak menjaga dan mendidik ku dengan sempurna sehingga aku berbuat dosa. Aku jadi begini kerana ibu ku." Sudah tentu celakalah diri saya pada ketika itu. Nauzubillah.
4. Hutang masa. Sembilan jam, lima hari seminggu. Bermaksud 45 jam seminggu, 180 jam sebulan. betapa banyaknya hutang masa kita dengan anak kita sejak bayi. Maklumlah cuti bersalin hanya tiga bulan paling maksimum. Seawal 3 bulan, bayi telah dihantar ke taska padahal bayi sangat-sangat memerlukan ibunya. Memerlukan kehangatan ibu untuk dia rasa selesa berada di dunia baru. Memerlukan bau ibu, untuk merasakan keselamatan. Memerlukan pelukan dan ciuman ibu untuk merasai kasih sayang. Saya sangat sedih dan berdosa apabila memikirkan keadaan ini ketika bekerja di pejabat. Berbaloikah wang yang saya dapat tiap-tiap bulan hasil daripada pengabaian anak saya. Begitu rendah nilai kasih sayang antara ibu dan anak. Hanya beberapa ribu sebulan. Itulah nilai kasih sayang yang telah digadai untuk wang ringgit. Saya percaya dan yakin bahawa ibu-ibu bekerja diluar sana tahu berapa lama masa yang berkualiti diberi untuk anak-anak. Balik kerja sudah penat. Hari minggu untuk kemas rumah.
Anda boleh membaca kekejaman dan kezaliman taska terhadap kanak-kanak di sinar harian. Bukan ini saja, telah banyak cerita-cerita mengenai taska yang kita telah dengar dan baca
.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/taska-bagaikan-neraka-1.239488
Kembalikan lah zaman Rasullullah dimana tempat wanita adalah di rumah.
Insyallah. Alhamdulillah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi kurang tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih kurang tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :
email : pn.normahkassim@gmail.com
Facebook : normah.kassim
No comments:
Post a Comment