Teks : Normah Kassim
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah
Saya baru saja berjinak-jinak dalam bidang penulisan setelah mengikuti perkembangan kumpulan Akademi Bekerja di Rumah di facebook. Saya sememangnya tercari-cari "business" apa yang bole memudahkan saya untuk menjadi suri rumah. Tujuan utama untuk menjaga dan mendidik anak dengan titik peluh sendiri. Saya telah menyimpan cita-cita untuk jadi suri rumah sejak sembilan bulan yang lepas apabila melahirkan khalifah kecil kami. Namun, masih belum di izinkan tuhan, jadi saya sambung bekerja.
Hari demi hari semakin kuat rasa keinginan untuk menjadi suri rumah, tetapi saya berpendapat bahawa perlu ada pendapatan lain dahulu sebelum berhenti bekerja makan gaji. Maklumlah nak mengurus rumah, anak, dan suami dalam masa yang sama bekerja bukannya mudah. Nasib baik suami saya seorang yang memahami dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam meringankan beban kerja rumah.
Apabila dapat tahu bahawa taska penyebab anak saya kerap demam, ini meyakinkan hati saya untuk menjaganya sendiri. Tiada tangan yang dapat memberi penjagaan sempurna selain dari tangan ibu. Saya tahu, kerana saya pernah melaluinya dan masih terasa akan indahnya dijaga oleh ibu sendiri. Saya boleh dikatakan belajar dari rumah ketika kecil. Biasa lah anak bongsu, manjanya lebih sikit. Saya hanya pergi ke tadika untuk dua minggu sahaja. Kemudian tidak mahu pergi ke tadika lagi. Lebih rela digigit nyamuk di kebun, janji dapat bersama ibu. Saya diajar oleh ibu bapa saya lebih awal, jadi apabila ke tadika, semua yang diajar cikgu saya sudah tahu. Itulah alasan kukuh saya untuk tidak pergi ke tadika ketika itu. Ibu mengajar membaca, manakala bapa mengajar matematik. Cukup umur 7 tahun baru masuk sekolah, darjah 1. Dari situ saya dapat belajar betapa pentingnya perhatian dan hubungan yang sentiasa perlu ada antara ibu dan anak kecil. Saya sudah tidak sanggup menahan rasa bengkak di hati setiap kali menghantar anak ke taska.
Di saat ini saya masih belum meletak jawatan. Segalanya masih dalam pertimbangan kerana masih menunggu jawapan dari pemilik langit dan bumi. Dia lah bos kita yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah lah pemberi rezeki dan kepadanya kita kembali.
Insyaallah, saya akan menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya. Terima kasih kepada guru online saya, Aishah Hussein, dan Masayu Ahmad.
Jika anda juga ingin bersama kami, anda boleh hubungi saya, Cikgu Aishah atau Puan Mas sendiri,
Emel: pn.normahkassim@gmail.com
SMS/whatsapp: 018 215 0900
Facebook: Normah Kassim
No comments:
Post a Comment