Tuesday, 7 January 2014

Kesan Buruk Antibiotik

Teks : Normah Kassim
Foto : Carian google



Bismillah.

Saya ingin berkongsi mengenai antibiotik. Antibiotik biasa diberi oleh doktor apabila seseorang itu mengidap demam. Perlukah antibiotik?. Apakah kesan daripada pengambilan antibiotik?. Tanpa kita sedari, kita telah menganiayai tubuh badan sendiri tanpa mengetahuinya. Teks di bawah dipetik daripada penulisan seorang doktor perubatan homeopathy, Dr Suriyakhatun.

"
Seorang ibu membawa anak berumur 8 bulan, tidak pernah sakit sehingga sebulan yang lepas. Mendapat demam selsema . Demamnya terlalu tinggi maka ibu pun membawa anak ke hospital . Kena tahan wad. Diberikan paracetamol dan juga antibiotics IV. Selepas ini baby sudah baik demam dan pulih seperti biasa .

Benar ke?

Seminggu selepas baik, anak mula mendapat ruam dimuka. Pergi doktor diberitahu ini food allergy. Jumpa paediatrician, paediatrician kata, bukan , ini eczema . Anak ini tidak pernah eczema sebelum ini . Ruam ini menjadi teruk selepas makan ayam dan telur. Anak ini sebelum ini pernah makan bahan yang sama tanpa kesan apa-apa.

Apa yang sudah jadi ?

Antibiotics mematikan gut bakteria dan ini akan menyebabkan pembiakan candida dalam usus. Candida adalah juga penghuni usus yang tidak menyebabkan penyakit kecuali bila bakteria baik mati . Bila bakteria baik mati, candida akan membiak tanpa kawalan dan ini menyebabkan usus mengalami radang. Maka terhasil leaky gut . Bila baby mengambil protin, protin akan dihazamkan sehingga menjadi asid amino dan asid amino masukki darah . Bila ada leaky gut, bahan protin yang belum hancur habis akan kedarah . Maka, bila bahan yang tidak cukup proces perkumuhan masukki darah, antibody akan terhasil terhadap protin tersebut makan terjadilah alahan pada makanan tersebut .

Apakah langkah yang perlu diambil untuk pulih ?

1. Bina semula gut bakteria dengan probiotic selama 5-7 hari
2. Di masa yang sama ambil prebiotic seperti Al Manna
3. Rawatan homeopathy untuk reverse balik leaky gut
4. Jika perlu oral nystatin untuk basmi candida dalam usus

perlu atau tidak diberikan antibiotik kepada bayi?

jika ada jangkita bakteria yang merbahaya maka perlu beri tapi jika ianya jangkita virus saya tidak nampak rationale nya. Kebanyakkan demam bayi adalah viral


Jadi, daripada penerangan di atas, tak perlu untuk kita mengambil antibiotik jika kita hanya menghidap demam, selesema atau batuk. Ianya hanya membuat keadaan menjadi lebih teruk dan demam yang sama tetap akan datang semula selepas itu kerana kita telah mengganggu badan kita untuk menghasilkan immunisasi terhadap virus demam yang dijangkiti.



Rujukan : https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi kurang tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih kurang tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :

email : pn.normahkassim@gmail.com
Facebook : normah.kassim

Monday, 6 January 2014

Makan Pagi Al Fatih

Teks : Normah Kassim
Foto : Koleksi peribadi

"soft scramble egg in collagen"

Bismillah.

Hanya sekadar berkongsi salah satu makanan kegemaran anak saya. Saya selalu buat 2 biji telur, kononnya saja-saja buat lebih, boleh tumpang sekaki. Sekali, habis di makannya dua-dua biji yang saya buat.

Kolagen tu memang saya dan suami buat sendiri di rumah. Ianya diperbuat daripada ayam organik dan sayuran organik. Kalau nak, boleh buat tempahan. Tetapi harganya agak mahal sedikit. Maklumlah semua diperbuat dari bahan organik dan masa yang diambil untuk menyiapkan bahan-bahan dan memasak adalah kira-kira 8 jam. Tiada pengawet atau perisa tiruan. Semuanya asli. Saya akan menyentuh khasiat kolagen ini di entri yang lain.

"Soft scramble egg", saya tak tahu pula apa yang harus diberi nama dalam bahasa melayu. Ianya dimasak dalam air. Bahan-bahan untuk membuatnya adalah telur ayam kampung, garam dan air. Ianya sangat lembut, dan rasanya seakan-akan tofu jepun.

Inilah budak yang sebelum ni kurus, berat 5.6 kg bulan lepas. Sekarang 6.5 kg dan tembam alhamdulillah. Sangat suka dan berselera menikmati makanan kegemarannya. Bila suap, "Dap!!" katanya. Bila sudah ditelan "Nak!!" pula katanya. Sehinggalah habis dua biji telur.

Masyaallah, Alhamdulillah.

Kelas Asas Akaun

Teks : Normah Kassim
Foto : Carian google



6 January 2014, saya telah menyertai kelas akaun asas yang di ajar oleh Puan Khadijah Abdullah dan diurus oleh Guru Online Aishah Hussein. Kelas yang sangat berinfomasi dan mudah untuk difahami. hanya dua jam masa yang diambil untuk menyentuh asas-asas akaun seperti di bawah.

Modul:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Barulah saya faham sekarang. Sebelum ni dari sekolah lagi, susah sangat untuk saya faham mengenai akaun ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :

Emel: pn.normahkassim@gmail.com
SMS/whatsapp: 018 215 0900
Facebook: Normah Kassim

Saturday, 4 January 2014

Teks & Foto : Akedemi Bekerja Dari Rumah



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 200 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Dr Suriyakhatun, Doktor Perubatan Homeopathy (Medical Homeopath)

Teks : Normah Kassim

Assalamualaikum.



Kali ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman bertemu dengan doktor perubatan homeopathy pertama di malaysia, Doktor Suriyakhatun.

Saya dan suami sememangnya tercari-cari seorang doktor perubatan homeopathy yang bijak, mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi. Setelah dapat maklumat mengenai Doktor Suriya, saya terus membuat temujanji untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Anak saya diberi ubat homeopathy untuk demam yang kerap. Saya dan suami jugak membuat analisis kesihatan dan diberi ubatan homeopathy.

Selepas lawatan yang pertama, kami mengambil ubat seperti yang disarankan selama 10 hari. Alhamdullillah, Allah menyembuhkan kami. Demam sudah tidak lagi menyerang anak saya dan dia kelihatan lebih aktif, gembira dan selera makan juga meningkat. Dua minggu dalam jagaan saya, beratnya bertambah hasil daripada kegembiraan bersama saya dan kesihatan yang dikurniakan.

Hari ini adalah lawatan yang ke dua. Dua jam rasa macam 10 minit. Banyak yang dikongsikan beliau. Siap buat rakaman lagi. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan doktor yang sangat baik hati dan berpengatahuan tinggi seperti doktor Suriya.

Anda boleh mengenali dan membaca perihal kesihatan di blog beliau :

https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun
http://drsuriyakhatun.com/about/


Thursday, 2 January 2014

Menceburi Bidang Baru

Teks : Normah Kassim
Foto:  Akademi Bekerja Di Rumah


Saya baru saja berjinak-jinak dalam bidang penulisan setelah mengikuti perkembangan kumpulan Akademi Bekerja di Rumah di facebook. Saya sememangnya tercari-cari "business" apa yang bole memudahkan saya untuk menjadi suri rumah. Tujuan utama untuk menjaga dan mendidik anak dengan titik peluh sendiri. Saya telah menyimpan cita-cita untuk jadi suri rumah sejak sembilan bulan yang lepas apabila melahirkan khalifah kecil kami. Namun, masih belum di izinkan tuhan, jadi saya sambung bekerja.

Hari demi hari semakin kuat rasa keinginan untuk menjadi suri rumah, tetapi saya berpendapat bahawa perlu ada pendapatan lain dahulu sebelum berhenti bekerja makan gaji. Maklumlah nak mengurus rumah, anak, dan suami dalam masa yang sama bekerja bukannya mudah. Nasib baik suami saya seorang yang memahami dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam meringankan beban kerja rumah.

Apabila dapat tahu bahawa taska penyebab anak saya kerap demam, ini meyakinkan hati saya untuk menjaganya sendiri. Tiada tangan yang dapat memberi penjagaan sempurna selain dari tangan ibu. Saya tahu, kerana saya pernah melaluinya dan masih terasa akan indahnya dijaga oleh ibu sendiri. Saya boleh dikatakan belajar dari rumah ketika kecil. Biasa lah anak bongsu, manjanya lebih sikit. Saya hanya pergi ke tadika untuk dua minggu sahaja. Kemudian tidak mahu pergi ke tadika lagi. Lebih rela digigit nyamuk di kebun, janji dapat bersama ibu. Saya diajar oleh ibu bapa saya lebih awal, jadi apabila ke tadika, semua yang diajar cikgu saya sudah tahu. Itulah alasan kukuh saya untuk tidak pergi ke tadika ketika itu. Ibu mengajar membaca, manakala bapa mengajar matematik. Cukup umur 7 tahun baru masuk sekolah, darjah 1. Dari situ saya dapat belajar betapa pentingnya perhatian dan hubungan yang sentiasa perlu ada antara ibu dan anak kecil. Saya sudah tidak sanggup menahan rasa bengkak di hati setiap kali menghantar anak ke taska.

Di saat ini saya masih belum meletak jawatan. Segalanya masih dalam pertimbangan kerana masih menunggu jawapan dari pemilik langit dan bumi. Dia lah bos kita yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah lah pemberi rezeki dan kepadanya kita kembali.

Insyaallah, saya akan menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya. Terima kasih kepada guru online saya, Aishah Hussein, dan Masayu Ahmad.

Jika anda juga ingin bersama kami, anda boleh hubungi saya, Cikgu Aishah atau Puan Mas sendiri,


Emel: pn.normahkassim@gmail.com
SMS/whatsapp: 018 215 0900
Facebook: Normah Kassim


Wednesday, 1 January 2014

101 Idea Home-Based Bisnes

Teks : Normah Kassim
Rujukan & Foto : http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/2013/10/bab-9-strategi-pemasaran-rasulullah.html

Strategi Pemasaran Rasulullah

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.



Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia  kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif

-Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga
-Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang  dilakukan dipermudahkan.
-Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
-Berfikiran positif (husnuzham)
-Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan.  Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga  mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Isi Kandungan :
http://ebook-normahkassim.blogspot.com/2014/01/ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Untuk tempahan :
http://ebook-normahkassim.blogspot.com/p/borang-tempahan.html