Teks : Normah Kassim
Photo : Koleksi peribadi
Bismillah.
Setelah lama tidak bersiaran, hari ini tekad untuk curi masa untuk menulis. Saya kini sedang sibuk menguruskan peniagaan baru untuk "Active Income" kami sekeluarga. Dalam masa yang sama, suami saya siap sediakan ruang pejabat untuk saya dirumah.
Terima kasih kepada WAHM yang banyak mengajar dan memberi ilmu dalam menjana wang dari rumah sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Saya menjalankan perniagaan makan tengah hari yang sihat untuk pekerja pejabat. Makanan dimasak oleh saya sendiri tanpa menggunakan MSG atau produk yang mengandungi MSG dan pewarna tiruan. Antara bahan lain yang dielakkan adalah gula putih dan garam putih. Saya menggunakan ayam yang tidak disuntik antibiotik dan sayuran yang tidak beracun iaitu sayuran organik dan "compost grown".
Segala ilmu dalam pengurusan perniagaan saya pelajari dari WAHM, dan buku-buku e-book seperti 101 idea home-based bisnes dan lain-lain. Siap lengkap dengan kelas akaun lagi. Maklumlah saya memang langsung tiada pengetahuan dalam bidang pengurusan syarikat dan kewangan. Alhamdulillah, semua ini banyak membantu.
Inilah pejabat kecil saya, hadiah dari suami tercinta.
Alhamdulillah, memang tidak rugi dan tidak menyesal untuk sertai kelas online Akademi Bekerja Dari Rumah.
Untuk sertai kelas online, boleh PM saya melaui email atau Facebook.
Untuk menempah "lunch box" kami, boleh ke Facebook page https://www.facebook.com/NatureFromEarthKitchen