Monday 30 December 2013

Belajar Dari Rumah "HomeSchool"

Teks : Normah Kassim


Assalamualaikum.

Adakah anda biasa dengar mengenai "HomeSchool" atau dalam bahasa melayunya belajar dari rumah?. "HomeSchool" sudah dipraktikkan oleh sesetengah individu dan kebelakangan ini menjadi sebutan oleh para ibu bapa terutamanya yang mengamalkan hidup secara alami.

"HomeSchool" memberi banyak kebaikan kerana yang mengajarnya adalah ibu atau bapa kepada anak itu sendiri. Tidak perlu menunggu sehingga cukup umur untuk masuk ke sekolah dan diajar oleh cikgu. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak dan bukan mengharapkan kepada guru semata-mata. Ini kerana, anak-anak akan lebih cenderung mencontohi ibu bapa berbanding orang luar.

Saya mula mengajar Fatih pada usia 3 bulan dengan menggunakan kad imbas dan "soft box" yang mempunyai gambar dan warna. Pada usia 4 bulan, Fatih sudah mampu mengenal warna dan gambar-gambar yg di ajar. Ini menunjukkan kaedah ini terbukti berkesan dan ibu bapa boleh mula memberi didikan seawal usia 3 bulan.

Matlamat utama saya dan suami adalah untuk menjadikan anak kami seorang yang menghafaz al-quran dan berpegang teguh pada agama. Selain itu, Fatih harus menguasai ilmu mengenai tubuh badan manusia. Fatih juga akan diajar seni mempertahankan diri dan akan didik untuk hidup secara holistik.  Sesudah itu, bergantunglah pada Fatih untuk memilih bidang yang diminati.

Jadi, untuk merialisasikan objektif ini, fatih harus dididik dan membesar dalam persekitaran sedemikian. Ini supaya apa yang diamalkan tidak menjadi satu paksaan tetapi sudah menjadi satu cara hidup.

Namun begitu, rancangan saya terbantut setelah mula bekerja. Tiada masa yang mencukupi untuk menyusun jadual dan rutin belajar. Lebih rumit apabila Fatih mempunyai rutin tersendiri daripada taska. Sukar untuk saya membuat rutin baru untuk Fatih.

30 Dec 2013, saya memulakan semula program "homeSchool" saya bersama fatih setelah mengambil 3 minggu untuk menyesuaikan diri dan mengolah rutin Fatih. Jadual harian Fatih adalah seperti dibawah :

7 am - Selepas bangun tidur, mendengarkan Juz Amma (1 jam lebih) sambil sarapan pagi, main-main, main dengan ikan dalam akuarium sambil bagi makan ikan.
9 am - Mata dah mengantuk tapi tak mahu tidur lagi. Jadi saya pasangkan "BBC Natural World" atau "National Geographic".
9:45 am - Tidur
12:30 pm - Makan tengah hari
2:30 pm - Kelas Iqra'
4 pm - Tidur petang
6:30 pm - Mengedarkan Juz Amma sambil rehat-rehat menunggu abah-nya pulang.
8pm - Makan malam
9:30 pm - Mendengar Qasidah dan Tidur

Saya memang tidak mahu dedahkan dengan kartun. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang tidak dibesarkan dengan banyak menonton TV lebih pandai berbanding sebaliknya. Terdapat ibu bapa yang menggunakan TV sebagai bahan untuk mendiamkan anak-anak. Dengan menonton, anak-anak leka dan tidak mengganggu ibu bapa. Namun tanpa disedari, ibu bapa sudah merosakkan daya fikir anak-anak. Ini kerana, anak-anak yang kuat menonton kurang meneroka dunia luar. Memang dia akan mengganggu dan sentiasa ingin mendampingi kita. Ini kerana sifatnya yang sentiasa ingin meneroka sesuatu yang baru. Tidak mengapa, layan lah anak itu kerana dia hanya membesar sekali sahaja dalam seumur hidup. Apabila dia besar, anda pula yang dahagakan layanan daripadanya nanti.

Semoga kita semua mendapan manfaat. Insyaallah.


Muhammad Al Fatih Episod 1

Teks : Normah Kassim




Bismillah,

Harini saya nak sentuh mengenai perkembangan anak saya dalam dia membesar. Lahir pada 22 March 2013, hari Jumaat 10 JAW 1434 hijrah. Pejam celik sudah sembilan bulan lapan hari berlalu. Dilahirkan secara "Gentle Birth", disambut oleh suami saya. Pengalaman yang indah dan tak dapat dilupakan bagi saya dan suami.

Alhamdullillah, tuhan memberi saya kesempatan untuk merasai keindahan menjadi seorang ibu. Sebagai generasi pertama holistik kami, saya dan suami bersungguh-sungguh dalam memastikan kesihatan dan tumbesaran Fatih. Objektif kami adalah untuk mengubah genetik keluarga menjadi keturunan yang lebih baik.

Tiga bulan pertama adahlah bulan madu antara saya dan Fatih. Syukur, Fatih seorang bayi yang sihat. Ada penyakit kuning tapi sedikit sahaja dan tidak perlu rawatan lanjut. Tulang kaki fatih agak kuat sejak lahir, pada hari kedua dia sudah mampu berdiri dengan bantuan. Jadi senang bagi orang tua saya untuk mandikan Fatih. Cukup seminggu, Fatih sudah mampu melemparkan senyuman manis. Perkembangan Fatih agak cepat berbanding ukuran pertumbuhan bayi biasa. Sentiasa lebih satu hingga dua bulan dari biasa, Alhamdulillah. Sehingga tiga bulan, fatih seorang yang agak tembam orangnya. Fatih sudah mula berkominikasi sejak dua bulan. Contohnya, apabila mahu bangun, Fatih akan cakap "up!" atau "na up".

Apabila tiga bulan berakhir, saya terpaksa hantar fatih ke taska kerana perlu masuk ke pejabat semula. Sangat sedih dan berat hati, maklumlah asyik berkepit saja taip-tiap hari. Sejak masuk ke taska, perkembangan fatih mula menurun. Kesian Fatih, sudah tentu tak seronok di taska, jauh dari ibu dan kurang kasih sayang. Tembam pun sudah mula hilang. Sebulan selepas masuk ke taska, Fatih terkena "eczema". Dari situ Fatih mula demam. Mula-mula sebulan sekali, kemudian 3 minggu sekali, kemudian 2 minggu sekali. Kemudian menjadi lebih teruk, semiggu sekali. Saya tahu, ada yang tidak kena di situ. Berat fatih menurun, perkembangan menurun, dan fatih seperti hidup dalam dunia dia sendiri. Apabila dipanggil, tidak lagi ada respon. Pada usia 4 bulan, Fatih sudah boleh mengenal warna dan objek dengan menggunakan kad imbas, namun semakin lama dihantar ke taska, prestasi semakin merosot. Sangat sedih.

Sehingg 3 minggu yang lepas, Fatih demam agak teruk. Demam 2 hari, sembuh satu hari, kemudian demam lagi 2 hari. Fatih akan demam setiap kali dihantar ke taska dan sentiasa selesema. Ianya terjadi dalam pusingan, mula-mula selesema, lepas tu batuk dan kemudian demam. Apabila berada bersama saya, Fatih sihat dan langsung tiada selesema, batuk atau demam. Dari situ saya tahu, saya perlu lakukan sesuatu.

Lalu saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama sebulan  untuk memastikan fatih betul-betul sihat. Ternyata, demam selesema, batuk dan demam Fatih daripada taska. Fatih kembali sihat sejak bersama saya, berat badan pun dah pulih. Sebelum ini sudah kurus. Apabila keluar, semua orang akan menegur "keciknye..". Dalam hati saya berkata "Macam mana nak membesar, asyik demam saja.". Tapi skarang dah kembali tembam. Perkembangan dari segi mental mula meningkat. Fatih tidak lagi dalam dunianya. Ada komunikasi dengan saya dan suami dan mula untuk belajar dan meneroka benda baru. Pada usianya sembilan bulan, Fatih mula berjalan dengan memegang kerusi dan meja dan sekarang dah semakin aktif. Tak terkejar dibuatnya.

Masa sudah tinggal separuh. Saya hanya ada 15 hari saja lagi untuk bersama Fatih setiap masa. Dalam masa bercuti ini, saya dapati waktu 10 jam yang dihabiskan di pejabat adalah sangat panjang. Pelbagai aktiviti yang dilakukan Fatih di rumah. Tetapi apabila di taska, waktu 10 jam ini akan berlalu  tanpa pengisian yang sepatutnya dan akan banyak waktu yang terbuang begitu sahaja. Ruginya saya kerana bukan suri rumah sepenuh masa. Tetapi Insyaallah, itulah cita-cita saya kini.

Dalam masa yang singkat ini, saya akan gunakan sepenuhnya untuk kebaikan Fatih. Saya sebenarnya kesal kerana terikat dengan kerjaya luar. Ini kerana banyak program yang telah saya susun untuk kami berdua. Sudah tentu tiada latihan-latihan untuk Fatih seperti mana di rumah bersama saya. Yang sangat saya risaukan, Fatih sekarang sangat gembira bersama saya dan bagaimana perasaan nya apabila dihantar semula ke taska nanti? Sudah tentu akan memberi impak pada mental dan emosi.

Bersambung. Wassalam.

Saturday 28 December 2013

Tips Mengawal dan Mengendali Demam

Teks: Normah Kassim



Kita dibesarkan dalam keadaan dan pemahaman dimana demam itu adalah musuh. Demam bagi kita adalah sesuatu yang tidak baik dan perlu di hilangkan secepat mungkin. Minda separuh sedar kita telah di programkan sebegitu. Kefahaman ini diterap kepada ibu bapa kita dan sekali gus kepada kita. Demam yang saya maksudkan adalah demam biasa.

Apabila kita mengahadapi salah satu demam, batuk atau selesema, kebiasaannya kita akan terus ke kaunter-kaunter farmasi, hospital atau klinik untuk mengambil ubat-ubatan. Saya masih ingat pada waktu dahulu, jika saya demam, saya terus akan mengambil ubat dan ubat pertama untuk ditelan adalah penadol. Ubat yang bole didapati di kaunter farmasi sentiasa ada di rumah untuk kegunaan waktu menghadapi demam ataupun kita labelkan sebagai waktu kecemasan. Begitu takut kita akan demam. Walaupun sudah makan ubat ikut pesan doktor, tetapi demam tetap berlarutan sehingga seminggu. Jadi betul ke berkesan ubat ni?

Setelah mendalami kaedah holistik, barulah saya tahu bahawa demam adalah baik buat kita. Badan kita demam sebab nak meningkatkat immunisasi supaya lain kali virus yang sama tidak dapat menyerang lagi. Demam, selesema dan batuk hanya akan menyerang jika immunisasi badan kita lemah.

Bagaimana nak atasi apabila demam, batuk atau selesema?.

Mudah saja, pertama sekali ambil catatan suhu dengan kerap untuk mengawasi. Suhu badan tidak boleh lebih daripada 38.8 darjah untuk bayi dan 39.9 untuk dewasa. Jika suhu agak tinggi hampir mencecah maksima, lapkan badan dengan air menggunakan span basah atau kain dengan kerap. Ia membantu untuk menurunkan suhu badan.

Kedua, tak perlu ambil penadol atau dadah-dadah yang lain dari kaunter farmasi atau hospital kerana ianya akan membantutkan proses badan untuk melawan virus. Ini kerana apabila kita mengambil ubat-ubatan sebegitu, ia akan mematikan kuman baik yang terdapat di dalam badan. Badan tidak dapat membina immunisasi terhadap virus tersebut dan kita akan menghadapi perkara yang sama berulang kali.

Ketiga, berehat dan minum banyak air. Berfikiran positif dan betenang kerana badan kita perlukan sedikit masa untuk melakukan tugas.

Kemudian, sudah tentu sekali jaga pemakanan dan ambil makanan yang tinggi sumber vitamin C. Air kelapa muda beserta isinya sangat membantu.

Seterusnya, jika anda rasa kurang selesa dengan sakit-sakit ketika demam, anda boleh membuat beberapa kaedah dibawah.

(1) Stokin lemon. 

  • Ambil 3 - 4 biji lemon, basuh dengan air panas jika ia bukan organik lemon. Perah lemon letak dalam satu bekas. Kulit lemon tadi jangan di buang, ramas-ramaskan dalam air lemon tadi. Anda akan lihat seaakan-akan ada minyak keluar. 
  • Ambil 2 kain bersih yang saiznya cukup untuk membalut kaki dan letakkan didalam air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air panas di dalam bekas lemon bersama kain tadi untuk memberi sedikit kehangatan pada kain
  • balut kain pada kedua-dua belah kaki dan pakaikan stokin yang agak longgar dibahagian luar. Insyaalah dapat meredakan rasa sakit-sakit demam.
  • Sukatan diatas adalah untuk kanak-kanak. Untuk bayi, anda boleh kurangkan sukatan lemon dan untuk dewasa, anda boleh lebihkan lemon jika perlu. Ikut keselesaan anda.
(2) Stokin Bawang putih
  • Untuk bayi, ambil seulas bawang putih dah hiris nipis agak-agak dalam 1 mm. Hiris 2 keping untuk kaki kanan dan kaki kiri.
  • Pakaikan stokin pada kaki bayi, kemudian pakaikan satu lapis lagi stokin dan selitkan bawang putih tadi pada tapak kaki. 
  • Ulang untuk kaki sebelah lagi. Tengok-tengok juga tapak kaki bayi, takut kulit dia tak tahan dan melecet.
  • Bole di aplikasi pada orang dewasa juga. Belah dua bawang putih dan letak pada kaki kiri dan kanan. Sama kaedah seperti bayi cuma tambahkan kuantiti atau ketebalan bawang sahaja.

Untuk batuk dan selesema, anda bole menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti halia, cuka epal, minyak kelapa muda, air lemon dan madu.

Bakteria baik bagaikan polis di dalam perut kita dan bakteria jahat bagaikan penjenayah. Mengambil antibiotik adalah perlu dielakkan, ini kerana antibiotik akan membunuh semua bakteria termasuk bakteria baik di dalam perut kita. Badan kita sangat memerlukan bakteria baik terutama untuk immunisasi dan proses pencernaan.

Setelah membuang jauh-jauh ubat-ubatan yang berunsurkan dadah, saya dapati immunisasi badan meningkat dengan baik. Jika kebiasaan demam adalah satu minggu (dengan memngambil ubat). Sekarang demam amatlah jarang sekali dan kalau pun menyerang cuma satu malam. Setahun dalam sekalia atau dua. Alhamdulillah saya tak demam dah lebih kurang 2 tahun. Sebelum ini, saya kerap kali demam.

Anak saya, apabila diserang demam sejenis "roseola", ianya hanya mengambil masa 2 hingga 3 hari berbanding kebiasaannya virus ini menyerang selama semiggu. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, jangan kita terlalu bergantung kepada ubat-ubatan terutamanya berasaskan dadah kerana ianya mengaanggu sistem badan kita. Setiap orang adalah berbeza dan hanya kita saja yang tahu keaadaan diri kita. Jadi, selalulah dengar akan naluri kita sebab kebanyakannya ia betul.

Sekian.

photo : carian google

Thursday 26 December 2013

Telur Berkeju Untuk Alas Perut

Teks : Normah Kassim


"Snakking"...

Cuti sebulan separuh gaji untuk jaga khalifah kecil memang diguna pakai sepenuhnya. Asyik berkepit saja, tak bergerak ibu dibuatnya. kalau abah-nya ada senang la sikit, boleh gilir-gilir layan kerenah dia. Kisahnya tak sempat nak masak tengah hari awal-awal. Lapik perut dengan telur berkeju, sedap jugak, sementara menunggu makan tengah hari siap. Ini je yang sempat sambar. Nak pesan makanan luar untuk hantar di rumah memang tak lah. Nanti tak tidur malam pulak si kecik ni. Bukan nya sakit, tapi buat perangai. Anak saya memang sensitif dengan makanan yang tak sihat. Itulah hasil daripada "clean diet". Jika tidak sakit perut, ianya akan mempengaruhi perangai atau mental kanak-kanak.

Orang akan kata, "susah la macam ni. Itu tak bole makan, ini tak bole makan. Bila makan anak meragam, maksudnya tak kuat la tu badan dia. Tak tahan lasak ! ".

Macam tu jugak lah saya fikir sebelum ini. Tapi hakikatnya, bukan hanya bayi ataupun kanak-kanak, orang dewasa jugak mempunyai sensitiviti makanannya tersendiri. Jika badan manusia tidak bertindak balas apabila seseorang itu makan sesuatu yang tidak sihat, itu bermakna badan dan otak tidak berfungsi dengan baik. Ataupun sistem pencernaan tidak betul. Tubuh badan yang sihat akan memberi tindak balas jika terdapat bendasing yang tidak dapat dicerna atau tidak dikenali untuk membuangnya dari memberi kesan buruk kelak. Sebab itu la kita sakit perut apabila tersalah makan.

Sebenarnya bole saja makan semua benda, kecuali yang tidak sihat. :)

Bagi saya, makanan yang sensitif adalah nasi putih. Apabila memakan nasi putih dengan kerap atau banyak, sudah tentu selesema. Ramai yang salahkan resedung atau "sinus" apabila kerap selesema padahal ianya disebabkan oleh pemakanan. Cuba jangan makan nasi putih, gula putih, dan makanan berasaskan tepung untuk sebulan. Elak juga memakan makanan yang dijeruk/diperap seperti belacan. Insyaallah anda akan dapat tengok kesannya. Ini kerana makanan bagi parasit dalam badan kita adalah gula.

Ini gambar keju yang keluarga saya guna. Sungguh enak.


Baiklah, sampai disini dulu. Saya nak sambung memasak untuk tengah hari sementara si kecik ni tidur.

Buah Kelapa

Teks : Normah Kassim


Bismillah.

Kali ini saya akan menyentuh berkenaan buah kelapa. Buah kelapa sudah jadi kebiasaan bagi masyarakat kita untuk memasak, air kelapa untuk diminum. Tahukah anda buah kelapa bukan sembarangan buah. Ianya buah yang sangat hebat penciptaannya.

Air kelapa mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Ianya dapat memberikan sumber tenaga dan dapat mengembalikan kelembapan pada tubuh badan kita. Bagi yang aktif bersukan, air kelapa dapat membuatkan anda kembali bertenaga kerana ia mengandungi elektrolit yang tinggi disamping menyejukkan badan. Jadi, apa salahnya kita gantikan 100 plus dengan air kelapa. Ianya sudah tentu sihat dan tidak mengandungi bahan awet atau perasa tiruan bahkan lagi sedap.

Buah kelapa mengandungi lemak tepu tulen yang mempunyai keboleh yang luar biasa untuk memperbaharui sel-sel kulit dan bagus untuk meremajakan kulit. Ianya juga bagus untuk meningkatkan fungsi sistem saraf, meningkatkan pengeluaran susu ibu dan memulihkan cecair seksual lelaki.

Minyak kelapa dara bagi saya adalah minyak serbaguna yang sangat banyak manfaatnya. Kandungan minyak kelapa adalah 92% lemak tepu, dan kira-kira 50% adalah asid laurik. Asid laurik hanya bole didapati di dalam susu ibu dan ianya penting dalam meningkatkan immunisasi badan.

Antara kebaikan isi kelapa muda dan minyak kelapa dara adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan penghadaman dan penyerapan vitamin larut lemak dan asid amino.
  • Mengandungi anti-kulat, anti-virus, anti-mikrob asid lemak tepu, yang membantu untuk melawan bakteria, kulat dan penumbuhan virus yg terlalu cepat.
  • Meningkatkan process pengunaan gula dalam darah.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium ion.
  • meningkatkan metabolisme.
  • Mengandungi anti-oksida yang kuat di dalam bentuk lemak tepu dan minyak mentah.
  • Membantu mengawal dan menyokong pengeluaran hormon yang sihat.
  • Membantu dalam mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Menyokong pembentukan kolesterol yang sihat di dalam hati.

Untuk bayi saya, minyak kelapa dara adalah sesuatu yang utama. Selepas kelahiran, saya menggunakan minyak kelapa dara setiap masa. Antara kegunaannya adalah : 

  • Disapukan pada tali pusat bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
  • Disapu pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan lecetan, ruam atau gatal-gatal.
  • Disapu pada badan bayi untuk elakkan ruam.
  • Ketika bayi 5 bulan keatas, digunakan untuk mengubat selesema, batuk dan demam dengan memberi separuh sudu teh, 2 kali sehari.
  • Sapu pada bahagian yang digigit nyamuk atau semut.
  • Ia juga bagus untuk sistem penghadaman dan untuk elakkan sembelit pada bayi.
Untuk Saya, selain daripada kebaikan diatas, ianya sangat membantu dalam menghasilan susu. Maklumlah ibu yang bekerja, setiap 2 - 3 jam, perlu untuk pam susu dan simpan untuk dihantar ke taska.

Minyak kelapa dara juga digunakan untuk masakan harian kerana ianya tahan panas dan dapat mengekalkan nutrisi apabila dimasak dengan api yang besar. Saya dan keluarga menggunakan minyak kelapa dara organik seperti dibawah. Ianya dapat diperolehi di kedai Organik Country Farm, Cosway atau Jusco.




Rujukan :

Photo : Carian goggle

Wednesday 25 December 2013

“Clean Diet”

Teks : Normah Kassim




Pernahkah anda terfikir bahawa makanan memberi impak yang sangat besar dalam keperibadian manusia? Makanan yang sihat bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan, tetapi ia juga mempengaruhi tindak tanduk dan perangai seseorang

Saya sekeluarga telah mengamalkan “clean diet” hampir dua tahun. Hasilnya sangat memberangsangkan. Banyak perubahan-perubahan yang dirasai dari segi mental, fizikal dan rohani.

 Apa itu “Clean Diet”?

“Clean Diet” adalah mengambilan makanan yang sihat untuk tubuh badan kita dan ia mudah di hadam oleh sistem penghadaman kita. Makanan anda di kategorikan sebagai “Clean Diet” jika memenuhi syarat-syarat berikut :

Elakkan :

1. “No fast, process and junk food” – Tiada pengambilan makanan segera seperti McD, KFC, Mee Segera, bebola ikan, ayam, sotong dan yang seangkatan dengannya, sosej, nugget, dan lain-lain makanan yang telah diproses. Juga makanan seprti keropok, gula-gula, minuman berkabonat.

2. "3 White Rules" – Pastikan anda tidak mengambil makanan yang mengandungi “3 White Rules” ini. Ia adalah nasi putih (White Rice), tepung (White Flour), Gula putih ( White Sugar).

3. “Pesticides Food” – Pastikan juga anda tidak mengambil makanan yang menggunakan racun untuk penanaman. Racun ini digunakan untuk mengelak atau mematikan haiwan yang memakan tumbuhan tanaman. Jika haiwan pun mati atau tidak mahu makan makanan yang mempunyai racun, kenapa kita nak makan.

4. “GMO” – Banyak sumber makanan kita yang telah di ubah genetik nya untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Makanan-makanan yang telah diubah genetik juga harus di elakkan kerana ia di percayai dapat memberi impak kepada manusia. Anda boleh buat pencarian anda sendiri untuk menetahui dengan lebih mendalam. Contoh makanan seperti jagung, soya, dan terdapat jugak buah dan sayur-sayuran lain.

Jadi, apa yang nak di makan?

1. Makan makanan yang dimasak, seeloknya dimasak sendiri. Makanan hendaklah dimasak dengan api yang perlahan supaya khasiat dan nutrisi di dalam makanan dapat dikekalkan. Sumber makan adalah daripada makanan yang asli iaitu belum diproses seperti sayur, buah-buahan,  daging, ayam, dan makanan laut. 

2. Tukarkan nasi putih kepada nasi perang “brown rice”. Nasi hendaklah dikurangkan pengambilannya. Saya akan menyentuh perihal bijirin ataupun “Grains” di entri yang akan datang kerana penerangannya agak panjang. Tukarkan tepung putih dengan tepung yang tidak diperbuat daripada bijirin terutama gandum. Gula putih pula digantikan dengan gula perang “Brown sugar” ataupun lebih elok menggunakan pemanis yang semulajadi seperti stevia dan madu asli.

3. Beli makanan yang ditanam secara organic terutamanya sayur-sayuran. Bagi ayam dan daging, pilih yang dibesarkan melalui cara organik dan hidup bebas “organic free range” ataupun “organic grass feed”.

Ia sebenarnya tidak susah, cuma perlu sedikit masa, daya berfikir dan pelaburan jangka panjang. Ada yang berpendapat bahawa organik itu mahal. Pada pendapat saya ianya adalah pelaburan untuk kesihatan kita. Lebih mahal lagi kos untuk merawat cancer atau penyakit-penyakit kronik di hospital. Betul tak?.

Jadi terpulang lah kepada anda dalam memilih cara hidup kerana bagi saya, “Living is when you can enjoy world, you can enjoy food, you can enjoy doing anything you like. But it is not called living when you are on wheel chair or on the bed at hospital with wired here and there.”


Rujukan:


Photo :

Tuesday 24 December 2013

Cerita Di Sebalik Kehidupan Alami dan Holistik

Teks: Normah Kassim


Assalamualaikum..

                  Terjadinya sesuatu ketetapan tentunya ada sebab dan musabab di sebaliknya. Saya percaya perancangan Allah adalah sentiasa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya mampu berdoa semoga terlindung dari fitnah dajjal dan kejahatan dunia. Dalam coretan ini, saya akan menceritakan kembali bagaimana perjalanan saya sehingga saya "terjebak" dalam dunia holistik dan menjadi pencinta gaya hidup semula jadi.

                  Sebelum ini saya pernah menceritakan bahawa saya bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat swasta. Mari kita mengimbau kembali kehidupan saya lebih kurang 4 - 5 tahun lepas. Bermula dengan bekerja mengikut “shift” 12 jam sehari menyebabkan kesihatan saya tidak lagi diambil kira. Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir akan cara untuk menjaga kesihatan. Dengan gaji pekerja suasta yang agak lumayan, makanan hanya di hujung jari. Hanya perlu klik, sms, atau call untuk memesan makanan. Tidak kira masa. Ada pula kedai makanan segera seperti McD yang buka 24 jam sehari. Di situlah tempat saya kunjungi untuk makan. Oleh kerana waktu kerja yang tidak menentu, ketika orang lain masih lena dibuai mimpi pada pukul 3 - 4 pagi, saya menuju ke kedai makanan segera atau “fast-food”. Begitulah aktiviti harian saya, bekerja 7 am – 7 pm atau 7 pm – 7 am, kemudian makan makanan segera, makanan ber-MSG, dan jarang sekali masak di rumah. Berat badan semakin naik dan naik. Dari "Slim" ke tembam jadinya.

                  Setelah satu tahun setengah bekerja mengikut “shift”, saya berjaya untuk menukar jabatan yang beroperasi mengikut waktu bekerja normal. Saya mula mengikuti senaman pada waktu petang selepas tamat waktu bekerja. Di situ, pelatih saya mengajar cara makan, tidur, dan senaman dengan betul. Beliau adalah pengamal holistik dan mempunyai kelulusan berkaitan dengan pemakanan secara holistik dan senaman mengikut kejadian semula jadi manusia. Pada ketika itu, saya masih belum berkahwin tetapi saya dan suami bekerja di tempat yang sama. Kami mengikuti senaman dari pelatih yang sama setiap petang.

                  Bermulalah kehidupan baru bagi saya dan suami dalam menitik berat soal kesihatan kami ketika itu. Agak sukar untuk meninggalkan makanan-makanan yang lazat diluar sana, tetapi kami tidaklah menghadkan keinginan kerana tujuan kami adalah untuk menjadikan apa yang diajar sebagai gaya hidup. Bukanlah mengejar penurunan berat badan dan tidak juga hanya ingin mengejar badan yang cantik. Ini kerana daripada menjaga pemakanan seharian, tidur, menguruskan stres dengan baik dan senaman, badan yang cantik akan datang dengan sendirinya.

                 Daripada titik permulaan itu, kami menimba ilmu berkaitan dengan holistik dan mencari cara untuk merawat gejala-gejala penyakit yang kami ada secara semulajadi tanpa menggunakan dadah dari kaunter farmasi atau klinik. Setiap sesuatu yang diragui, kami akan terus merujuk kepada pelatih yang sentiasa membantu. Tenyata kaedah holistik dan kaedah semula jadi ini amat berkesan buat kami. Selepas berkahwin, sudah tentu kami membawa cara hidup yang sama untuk keluarga dan generasi-generasi baru akan datang. “Human Survivor Mechanism” yang ada dalam diri setiap manusia membuatkan kami tidak putus-putus untuk mencari penyelesaian baru. Di samping itu kami  juga menambah ilmu untuk kegunaan masa depan keluarga kelak. Usaha ini kami lakukan setelah mengetahui betapa banyaknya pembohongan dan agensi-agensi yang sering kali mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan mereka dengan memperguna dan menipu masyarakat.

                 Setelah mempunyai anak, tumpuan saya lebih kepada kaedah penjagaan dan kesihatan bayi mengikut holistik. Sehingga kini, kami berjaya meneruskan kehidupan kami seperti mana yg kami inginkan dan pendekatan semula jadi sebegini telah pun menjadi gaya hidup kami sekeluarga. Saya akan berkongsi kaedah yang berkesan buat keluarga saya yang pernah digunakan dalam menangani gelaja seperti demam, batuk, selema dan lain-lain dalam entri-entri yang akan datang. Saya juga akan berkongsi dengan lebih mendalam tentang menurunan berat badan dan peningkatan kesihatan yang telah dilalui oleh saya, suami saya dan khalifah kecil kami. Insyaallah.



Foto : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=432387016888738&set=a.242735749187200.55596.194159110711531&type=1

Pengenalan

Teks: Normah Kassim

                                        



Bismillahhirahmanirrahim.

Salam perkenalan dari saya Normah Binti kassim yang berasal dari Perak. Saya adalah ibu kepada seorang khalifah allah yang kini berumur 9 bulan. Hari ini adalah catatan sejarah hidup saya dimana saya memulakan penulisan blog. Ini kerana saya tidak pernah menulis sebelum ini.

Saya bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat antarabangsa di Cyberjaya. Sehingga ke hari ini sudah hampir 5 tahun saya bekerja makan gaji dan pelbagai pahit manis telah saya lalui. Maklumlah, bekerja bersama bos dan rakan-rakan sekerja, banyak perkara harus dijaga untuk memastikan tiada masalah dalam kerja harian, termasuklah masalah sosial. Tapi kini, saya mempunyai objektif baru dalam hidup saya dan membuat keputusan untuk memulakan penulisan. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sepenuh masa di pejabat.

Setelah berkahwin, Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sentiasa menjadi penawar dalam rumah tangga kami. Disinilah bermula episod dilema bagi diri saya. Dengan keadaan saya yang masih bekerja makan gaji, saya terpaksa menghantar bayi saya ke taska berdekatan. Syukur, saya dapat mencari penjaga yang baik untuk bayi saya. Tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa beratnya nak menghantar anak ke taska. Sepuluh jam bukanlah masa yang singkat bagi siang hari, pada waktu itulah anak-anak kita akan belajar, bermain dan secara tidak langsung akan mempengaruhi minda separa sedar mereka. Ianya akan menentukan bagaimana mereka bakal berfikir dan menyelesaikan masalah kelak. Belum lagi memikirkan tentang virus-virus yang bakal di jangkiti ketika di taska nanti. Bertambah risau dan hanya allah lah tempat kami mengadu dan berlindung.

                Berkenaan dengan gaya hidup, saya dan suami baru sahaja mengamalkan kehidupan secara alami dan holistik lebih kurang sejak tiga tahun yang lalu. Dengan ilmu yang cetek ini, kami tahu apa baik buruk sesuatu dan tidak mahu generasi baru kami terdedah kepada perkara-perkara yang diluar sifat semula jadi manusia. Oleh sebab itu kami terus mencari ilmu pengetahuan yang lagi mendalam untuk keluarga. Dalam masa yang sama saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan ibu bapa atau anak muda diluar sana.

                Saya berharap segala ilmu dan perkongsian peribadi ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengikuti penulisan saya.


Sekian..

Foto: Carian Google.